Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 19, 2023 @ 8:05pm

[VIDEO] Aksi Bergolek Atas Pentas, Timbul Dakwaan Elly Mazlein Over? Netizen Komen: “Aku Pula Yang Malu Tengok “

Siapa sahaja tidak mengenali pengacara dan penyanyi Elly Mazlein yang boleh dikatakan mempunyai perwatakan yang ‘gila-gila’ baik di kaca televisyen mahupun di luar.

Terbaharu, Elly atau lebis mesra disapa Kak Lina itu sekali lagi menjadi perhatian apabila aksinya di pentas sebuah program nyanyian baru-baru ini mencuit hati penonton.

Menerusi sebuah rakaman video, Elly kelihatan terbaring dan berpusing-pusing di atas pentas selepas dia seolah-olah tersingkir dari program nyanyian itu.

Ternyata gelagat Elly itu membuat penonton terhibur dengan aksi-aksi dramatik tersebut.

Namun, biarpun sering mendapat perhatian dek kerana karenah bersahajanya itu, aksi tersebut turut mendapat reaksi kurang senang daripada kalangan warganet di media sosial.

Rata-rata warganet menyifatkan aksi Elly itu sangat keterlaluan sehingga terpaksa merebahkan badannya ke lantai pentas dan mengangkat kakinya.

Lebih panas, ada juga meluahkan rasa kecewa apabila melihat Elly yang juga seorang wanita dan isteri itu sanggup memalukan diri di dalam kaca televisyen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 May 2025

Malam Mendengar Nadin Amizah: Datang Tanpa Ekspektasi, Pulang Sebagai Peminat

Saya datang tanpa ekspektasi, tetapi saya pulang sebagai seorang peminat. Mungkin itu keindahan sebenar ‘Malam Mendengar Nadin Amizah’.

Featured Thu, 8 Sep 2022

Kes Cabul: Ibu Dakwa Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Projek Drama

Alahai, kesiannya Aqish 🥹 Semoga keadaan akan kembali jernih seperti sedia kala nanti 🥹

Events Thu, 20 Feb 2020

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Wah, bagus jugak rupanya Alvin jadi penyimpan rahsia eh!

Hiburan Mon, 14 May 2018

Sedar Ruang, Jangan Merepek…

Ini pendirian saya. Saya memang tidak akan ambil tawaran mengarah sekiranya bayaran yang diterima pelakon lebih tinggi daripada pengarah…

Events Fri, 24 Aug 2018

#daiTV3 : Adakah Penyingkiran Dua Peserta Sekaligus Pada Malam Ini?

Adakah momentum pada minggu lepas masih sama pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan #daiTV3 Pendakwah Nusantara

Featured Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
error: Content is protected !!