Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 20, 2023 @ 11:15am

Comelnya! Alyah Sanggup Tunggu Tok Ram Selesai Kerja Untuk Wish Selamat Hari Bapa

Penyanyi Datin Alyah sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya ingin bergambar bersama suaminya, Datuk Ramli MS atau Tok Ram.

Menerusi perkongsian di TikTok, Alyah telah memuat naik videonya sedang menunggu Tok Ram menyiapkan kerjanya terlebih dahulu sebelum bergambar bersama dan mengucapkan Selamat Hari Bapa.

Menurut Alyah, sudah menjadi kebiasaan buatnya menunggu suaminya itu menyiapkan segala tugasannya sebelum ingin membuat sesuatu bersama.

“Walaupun satu rumah tetap kena tunggu dia buat kerja dia dulu. Baru boleh bergambar dengan Tok Ram ni. Peminat dalam diamlah katakan.

“Peminat ni dari dulu sampai sekarang setia menanti, walaupun tiberrr. Selamat hari bapa to my bapak yang cuwit (sweet). Hadoi, malu pulak rasa. Inilah hasilnya setelah menunggu ya. Tetap buat muka terkejut tu.

“Selamat hari bapa to my Hero and my musuh,” tulisnya.

Kagum dengan kesabaran penyanyi itu menanti suaminya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

@alyah81officialSelamat hari bapa to my Hero and my musuh 🤣🤣🤣

♬ Nyaman – Ash Fasryll

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

‘Terima Kasih Suami’, Mawar Rashid Syukur Hajat Akhirnya Tertunai

Ini menjadi salah satu kenangan terbaik dan tidak dapat saya lupakan…

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Peserta Uji Bakat Mentor Milenia…Baca Pesanan Ini Sebelum Hadir Ke Lokasi!

Uji bakat ini adalah untuk golongan muda. Jangan datang dengan imej selekeh ok?

Hiburan Wed, 2 May 2018

Muka Seiras, Mungkinkah Ini Jodoh Aiman?

“Disebabkan semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali. Hahahahaha. Puas kita adjust muka nak bagi sama. #twin,” tulisnya sinis di laman Instagram.

Featured Thu, 13 Nov 2025
Hiburan Mon, 12 Sep 2022
error: Content is protected !!