Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 22, 2023 @ 10:11am

Mat Dan Tampil Dalam Misi Meneroka Impian Dan Realiti Alam Di TV9

Pengembara dan pengacara, Muhamed Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan bakal mengaadakan program dokumentari travelogue terbaharu ‘Misi Mat Dan’ yang akan membawa penonton mengembara dan meneroka khazanah alam yang menarik di dalam Malaysia.

Seorang pengembara berwarganegara England yang telah menetap di Malaysia semenjak 2009. Mat Dan semakin dikenali ramai kerana kemahirannya yang fasih bertutur bahasa Melayu dalam dialek Terenggan

Mat Dan akan membawa penonton menonton enam misi meninjau ancaman semula jadi yang berlaku di negara kita. Dia juga sempat berinteraksi dengan penduduk tempatan bagi meneroka lebih dalam lagi tentang alam semula jadi.

Misi Mat Dan kali ini lebih memfokuskan dalam mencari jalan penyelesaian untuk menjaga dan mengekalkan keindahan alam semula jadi di Malaysia ini.

Misi pertama Mat Dan telah melawat ke Taman Negara, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungkai Perak.

Mat Dan ingin membincangkan tentang pemburuan haram yang menyebabkan populasi Harimau Malaya yang semakin pupus, gajah kehilangan keupayaan untuk meneruskan hidup dan pelbagai masalah yang telah mengganggu kestabilan ekosistem alam akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini.

Program bersiri ‘Misi Mat Dan’ dapat menjadi satu pendekatan kepada generasi muda sekarang supaya mereka lebih memahami tentang kepentingan laut, sungai dan hutan yang merupakan habitat kepada hidupan liar.

Kami berharap agar program ini dapat memberi inspirasi kepada penonton dan sebagai peringatan bahawa kita juga sebagai rakyat Malaysia dipertanggungjawabkan oleh Pencipta untuk menjaga kelestarian alam ini supaya generasi akan datang dapat hidup dengan sihat dan selamat.

“Selain daripada itu, negara kita mempunyai banyak destinasi percutian menarik dan unik yang boleh dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Jika destinasi-destinasi yang kaya dengan keindahan alam ini dapat dijaga dengan baik, ia boleh merangsang sektor pelancongan yang turut menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan kedatangan pelancong dan pelabur dari dalam serta luar negara,” kata Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program & Penyiaran TV9.

Program bersiri 6 episod ini bakal bersiaran bermula pada 3 Julai 2023, setiap hari Isnin, pukul 10.00 malam dan strim secara HD melalui www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk perkembangan terkini tentang program TV9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Jul 2022

Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah

Mak Wan didakwa sengaja meludah untuk membangkitkan kemarahan bekas pembantu peribadi

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Stereoangel Realisasikan Impian Hampir 30 Tahun, Lancar Album Penuh ‘Abstraksasi’

Kumpulan Stereoangel kini memiliki album penuh sebagai tanda perjalanan seni yang tidak pernah padam.

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

11 Tahun Tanpa Single Baharu, Raihan Tetap Laku!

Siapa cakap kumpulan Legend dah tak aktif, baca ni!

Cahaya Mata Tue, 5 Apr 2022
Featured Thu, 1 Aug 2019
Trending Wed, 26 Aug 2020

MKN Benarkan Pelajar Pakai Pelindung Muka Sahaja

Kelonggaran diberikan buat pelajar sekolah sahaja

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

钟镇涛携二女开唱!与歌迷共渡平安夜

钟镇涛携二女到云顶开唱!与歌迷重温岁月经典,度过激情既温暖的平安夜。

Featured Fri, 16 Aug 2024
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

TECH Tue, 18 Dec 2018

Lazada Saw 1.3 Billion Visits During 11.11 and 12.12 Sales

That’s a crazy amount of people visiting the website and app!

error: Content is protected !!