Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 22, 2023 @ 12:37pm

Rasa Rindu Menguasai Diri, Nine Hadiahkan Peminat Rindumu Memanggilku

Pertama kali bergerak solo, Nine tampil melancarkan lagu baharu berjudul Rindumu Memanggilku pada 6 Jun yang lalu sebagai buah tangan untuk peminat.

Lagu Rindumu Memanggilku merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer terkenal, Ajai dimana Nine sudah tertarik apabila mendengarkan lagu ini buat pertama kali.

Jelasnya, ada banyak kekuatan dan keistimewaan pada naskah tersebut dan tidak lari jauh daripada muzik RNB yang menjadi ‘nadi’ Nine sejak dulu lagi.

“Memang agak lama sebenarnya saya tidak hadir dengan produk baharu dan apabila diberikan kesempatan untuk merakamkan Rindumu Memanggilku, ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Lagi satu ini merupakan kerjasama pertama saya dengan Ajai selaku komposer, pastinya saya berbesar hati dan gembira. Ini memang satu pengalaman yang menarik dan manis buat saya secara peribadi,” jelasnya.

Lagu ini berkisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan orang tersayang dalam sebuah perhubungan. Saban hari rasa rindu mula menguasai diri sehinggakan segala kenangan bersama kembali dalam ingatan.

Menurut Nine atau nama sebenar Mior Zulkarnain bin Mohd Zamhuri, isi cerita lagu ini bukan untuk menambah kepedihan sebaliknya mahu bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya berharap lagu ini akan diterima baik oleh pendengar. Kita dah berusaha dan selebihnya saya serahkan kepada Allah sahaja. Setidaknya saya mahu lagu ini mengembalikan semula nama Nine untuk terus diingati,” katanya.

Terdahulu, Nine mencipta nama bersama kumpulan Phyne Ballerz sebelum berhijrah seketika bersama Ruffedge pada 2008 hingga 2011 dan bersama duo Billy Zulkarnain pada 2018.

“Perjalanan yang akan ditempuhi kali ini memang berbeza jika mahu dibandingkan dengan dahulu.

“Ini merupakan pengalaman baharu dan saya gembira untuk memperkenalkan nama Nine kepada peminat generasi baharu dan dalam masa yang sama melepas rindu peminat yang lama” ujarnya.

Lagu Rindumu Memanggilku terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music juga sudah berada disemua platform digital dan muzik video (MV) pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 6 Sep 2019

Menangi Wang Tunai RM 10K Di Karisma Jelajah Suria!

Nak menang duit? Jom ramai-ramai serbu i-City Shah Alam Sabtu ni!

Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Featured Fri, 17 Apr 2026

“Kalau Tak Bayar, Saya Tunjuk LOD Dekat Sini Biar Semua Orang Tahu” – Raf Yaakob Tuntut Hutang, Beri Tempoh Hingga Hujung Bulan Ini

Raf Yaakob akhirnya tampil dengan kenyataan untuk menuntut segala hutang daripada beberapa individu.

Hiburan Wed, 1 Sep 2021

Sarat Hamil Ketika Pandemik: Ayda Jebat Akui Takut, Tapi…

Penyanyi Ayda Jebat yang kini sarat hamil mengakui dirinya enggan memikirkan mengenai perkara buruk yang terjadi di sekelilingnya ketika wabak Covid-19 melanda. Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dia mahu terus kekal […]

error: Content is protected !!