Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi June 23, 2023 @ 10:30am

Saksi Maklum Ada 936 Gambar ‘Screenshot’ Laman Sesawang Lucah Pada Telefon Ebit Lew

Seorang saksi dalam perbicaraan kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom pada Khamis, sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisisnya daripada sebuah telefon bimbit.

Menurut laporan Berita Harian, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Latifah Abdul Aziz, 43, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

“Saya mohon merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021,” kata saksi ketujuh pendakwaan itu.

Latifah turut memaklumkan, beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.

Beliau berkata, imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej saja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.

Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa laman sesawang itu diakses daripada aplikasi Google.

Pada prosiding semalam, peguam Ram Singh yang mewakili Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.

Ram berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi.

Beliau berkata, terlalu banyak carian dibuat dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh pertuduhan.

Zahida berkata, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh berkenaan yang melayari laman sesawang itu sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.

Ebit Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung hari ini.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

Ramai kata tak dapat Nadhir Nasar ganti dengan Amir pun mereka okay!👀

Hiburan Tue, 7 May 2019

E! News Dedah Rahsia Kulit Cantik Pelakon Pujaan Hati Kanda Ini, No 3 Paling Penting!

Nak tahu apa sebenarnya skincare produk yang pelakon wanita ini gunakan? Jangan lupa temui jawapannya di E! News

Trending Thu, 5 Jul 2018

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Featured Wed, 17 May 2023

Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Wahh mesti lagi ramai bakat-bakat hebat yang akan bersinar dengan EMI Music Malaysia!

Featured Fri, 15 Apr 2022

#JusticeForBella: “Siap Buat Peace & Mini Love” – Foto Barisan Peguam Dengan Siti Bainun Dikecam Netizen

Bahagianya.. Sikit pun tak rasa simpati dekat nasib adik Bella ke…? 😭😭

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Raisa Dedah Pertemuan Pertama Dengan Meerqeen & ‘Lamaran’ Berlakon Dalam Muzik Video

Wahh untungnya Meerqeen! Best sangat MV Tak Berharap Lagi

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Wanita Tipu Isteri Itu Bukan Skandal Saya’- Fauzi Nawawi

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat ramai yang menganggap perkongsian yang dibuat oleh isteri kerana skandal saya dan sebagainya gara-gara kontroversi sebelum ini.

Trending Wed, 18 Apr 2018

Netizen Puji Wanita Redah Longkang Selamatkan Anjing

Rata-rata netizen memuji tindakan wanita ini yang sanggup bertindak berani masuk ke dalam longkang. Syabas kak!

error: Content is protected !!