Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 26, 2023 @ 4:25pm

Watie Kongsi Tak Pernah Berduaan Bersama Shuib Ketika Bercinta – “Bila Dating Bawa Kawan, Anak & Mak”

Umum mengetahui Jumaat lalu telah berlangsung meriah majlis pernikahan pelawak popular Shuib bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah di Putra Glass House, Shah Alam.

Terbaharu, pasangan ini terus mendapat perhatian apabila Watie berkongsi bahawa dia tidak merasa momen berdua ketika mereka di fasa percintaan.

Malah Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menyifatkan Shuib sebagai ‘suami kiriman tuhan’.

“Banyak benda sebenarnya pertama kali yang buat bersama dia ini. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain dia cakap.

“Bila dating, bawa kawan, anak dan mak. Jalan tak ada nak pimpin-pimpin tangan, tak ada dinner date, tak ada nak melancong berdua-duaan.

“Bila nak buat kejutan ulang tahun kelahiran kita pun, dia datang buat kejutan tetapi duduk di meja lain. Pandang, jeling saja dari jauh,” tulisnya.

Tambah Watie, dia bersyukur dan gembira apabila berkat kesabarannya, akhirnya mereka disatukan.

“Dan rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala momen itu di saat yang tepat.

“Sekarang kami berdua tahu erti berbulan madu,” tutupnya.

Pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Dalam majlis yang penuh indah, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Talita Anak Shuib Menangis Selepas Bapa Bernikah Buat Netizen Sebak – “Ibu Sentiasa Tunggu Kamu Di Pintu Syurga”

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Apr 2022

Jangan Risau… Wang Pengeluaran Khas KWSP Akan Masuk Akaun Sebelum Raya

Penjelasan Tengku Zafrul tentang Pengeluaran Khas KWSP

Trending Mon, 16 Aug 2021
Featured Tue, 6 Jul 2021

“Doktor Kata Kanser Perut Last Stage..”- Keadaan Ayah Semakin Tenat, Ebit Lew Mohon Doa Ramai

Keadaan bapa kepada Ustaz Ebit Lew yang semakin tenat sejak beberapa bulan lalu semakin mengundang sebak orang ramai. Terkini, beliau sempat berkongsi mengenai keadaan semasa ayahnya yang kini sedang  terlantar di hospital dan menderita. Dalam […]

Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Thu, 20 Oct 2022
error: Content is protected !!