Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 26, 2023 @ 6:26pm

“Dia Genggam Tangan & Cium Bersungguh” – Disangka Peminat, Ara Johari Dedah Dicabul Individu Lelaki

Penyanyi Ara Johari menceritakan detik cemas yang dihadapinya apabila ada seorang individu lelaki mencabulnya selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Kongsi Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 26, individu lelaki itu pada mulanya menyapa untuk bergambar dengannya dan menghulur tangan untuk bersalaman.

Namun, individu itu tiba-tiba bertindak menggenggam tangannya dengan kuat dan disangka telah beredar selepas bersalaman tetapi jangkaannya salah.

Bukan itu sahaja, Ara mendedahkan bahawa lelaki tersebut turut menarik tangan dan mencium tangannya sebanyak dua kali.

Susulan itu, pelantun lagu Warkah Untukku ini sempat menjerit dan individu itu dikejar oleh pembantu peribadi dan orang ramai yang berada di situ.

“Dia terus tarik tangan I nak salam, lepastu dia genggam kuat kuat. Dan di cium tangan I dua kali. Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul!,” kata Ara.

Sementara itu, Ara turut menasihati para wanita untuk berhati-hati ketika di luar dan ambil iktibar daripada insiden yang dihadapinya,

Bukan itu sahaja, Ara turut mendedahkan bahawa individu itu turut memiliki foto bersama artis wanita lain di dalam telefonnya.

Menerusi hantaran itu, Ara juga berkongsi bahawa dia telah membuat laporan polis dan memuat naik foto individu lelaki itu namun wajahnya dikaburkan.

Tambah, Ara menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang membantunya pada ketika itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Thu, 19 Sep 2019
Hiburan Thu, 6 Oct 2022
Featured Fri, 14 Feb 2025
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

“ Abah kena kuat…saya tak puas berbakti pada abah…Syukri banyak dosa dengan abah,” tulisnya.

Featured Thu, 7 Apr 2022
Events Tue, 15 Jan 2019

“Saya Doakan Dia Segera Sembuh” Khai Bahar Enggan Perjelas Hubungan Bersama Wany Hasrita

Biarlah Rahsia, Wah! Macam lagu Dato Sri Siti Nurhaliza pulak kan?

Hiburan Tue, 8 May 2018

EXO’s Kai’s Father Passes Away

The family is in the midst of grieving right now.

error: Content is protected !!