Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 27, 2023 @ 9:54am

Masih Utuh Biarpun Tiada Abam, Bocey Akan Kembali Beraksi Di Konsert Muzika Lawak Nusantara 19 Ogos Ini

Pelawak Fad Bocey mengakui dia bersama rakan seperjuangaannya, Achey sudah jarang menerima tawaran untuk muncul di program besar di kaca televisyen sejak pemergian salah seorang ahli kumpulannya, Abam.

Terdahulu, Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Menurut Fad, mungkin ada yang menyangka kumpulan itu sudah terkubur dan hilang taringnya sejak pemergian Abam.

Namun, Fad menyatakan kejayaan mereka bertiga selama ini bukanlah terletak pada Abam sahaja, sebaliknya berpunca daripada keyakinan mereka sebagai ahli sepasukannya.

“Kali terakhir kami tampil di televisyen adalah semasa belasungkawa Abam di Meletop. Kalau dari persembahan, kami menerima jemputan persembahan ketika raya.

“Mungkin orang rasa bila salah seorang sudah tiada, maka Bocey akan hilang taring. Sedangkan apa yang menjadikan Bocey berjaya ialah sikap saling percaya antara satu sama lain.

“Mana-mana kumpulan pun bukan bergantung kepada seorang individu, tetapi keserasian yang dibina mereka dari awal sampai sekarang,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Fad ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelawak itu juga menegaskan posisi arwah Abam dalam kumpulan itu sememangnya tiada pengganti, tetapi dia dan Achey masih lagi meneruskan perjuangan mereka untuk menghiburkan peminat.

“Ada peminat yang menyangka kami sudah berpecah. Kononnya Fad dan Achey sudah bawa haluan masing-masing.

“Kami sebenarnya masih menunggu peluang dan kami sentiasa percaya kepada Bocey walaupun ahlinya hanya tinggal berdua,” jelasnya.

Untuk perkembangan terkini, Fad dan Achey kembali mengubati kerinduan peminat dengan membuat kemunculan pertama berdua di Konsert Muzika Lawak Nusantara, pada 19 Ogos ini.

Konsert yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu juga bakal menyaksikan kumpulan Zero, Rina Nose, Sule dan Aziz Gagap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampilkan Bocey, Zero, Sule, Rina Nose & Ramai Lagi… Konsert Muzika Lawak Nusantara Gabung Pelawak 2 Negara

ARTIKEL BERKAITAN: Achey Masuk Hospital Gara-Gara Sakit Belakang Berpanjangan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Apr 2021

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung […]

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Kaya Tapi Tak Bayar Hutang, Ronan Keating Perli Siapa?

Hero filem Titanic, Leonardo DiCaprio dilaporkan berhutang? Uish… macam tak percaya juga kan bila selebriti kelas A pernah pinjam duit orang lain. Perkara ini didedahkan sendiri oleh anggota kumpulan Boyzone, Ronan Keating yang mendakwa Leonardo […]

Trending Thu, 14 Feb 2019

Suhaimi Saad is Now an Astronomer?!

Maybe we should stick to the facts…?

Featured Sat, 27 Sep 2025

“Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Isu Pakaian Ketat Jadi Bahan ‘Kutukan’ – “Saya Insan Yang Tak Sempurna Dimata Anda”

Linda Rafar tampil memohon maaf susulan isu kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini.

Featured Fri, 12 Aug 2022
Featured Thu, 7 Apr 2022
error: Content is protected !!