Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 18, 2018 @ 6:05am

Facebook Mahu Bangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri

Facebook kini dalam proses untuk membentuk satu pasukan bagi membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri, mengikut laporan Bloomberg. Perkara ini dijangka akan mengejutkan pelbagai pihak memandangkan mereka bukanlah berada dalam industri pembuatan peranti elektronik secara langsung sebelum ini. Seperti kita ketahui, syarikat seperti Intel Corp., Qualcomm, atau Huawei yang mempunyai cip pemprosesan sendiri semuanya terlibat secara langsung dalam industri ini.

Facebook dijangka akan menggunapakai cip tersebut bagi menyokong perkakasan atau peranti mereka, perisian AI serta menambahbaik servis pelayan pada pusat data mereka. Pada bulan hadapan, mereka diberitakan akan melancarkan Oculus Go, sebuah peranti realiti maya (VR) yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm. Mungkin pada masa hadapan, peranti seperti ini akan menggunakan cip keluaran Facebook sendiri pula.

Perkara ini tersebar apabila Facebook didapati telah membuat satu iklan pekerjaan yang menunjukkan mereka sedang mencari calon pekerja yang berkemahiran atau pernah terlibat dalam industri pembangunan semikonduktor ini. Walaubagaimanapun, Facebook menolak untuk memberi sebarang komen mengenai perkara ini.

Sekiranya dakwaan ini betul, ia dijangka akan dapat membantu Facebook dalam mengurangkan kos serta kualiti servis mereka. Ini juga menjadi sebab mengapa syarikat seperti Apple dan Huawei telah menghasilkan cip pemprosesankeluaran mereka sendiri.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 18 Jul 2018

Samsung Mempersembahkan DRAM LPDDR5 8GB Pertama Di Dunia

Samsung Electronics telah mengumumkan kejayaan mereka dalam membangunkan cip memori DRAM LPDDR5 8GB yang pertama di dunia. Cip yang ditujukan khas bagi memberi sokongan kepada aplikasi-aplikasi sambungan 5G dan juga A.I  yang akan menemui peranti telefon pintar generasi […]

TECH Sun, 27 Jan 2019

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Dengan Google Maps

Google Maps merupakan salah satu perkhidmatan yang sering digunakan, ini perkara yang anda boleh buat pada Google Maps.

TECH Fri, 25 Oct 2019

Set Dekoder Digital Percuma Bukan Untuk Semua

Hanya Diberikan Pada 2 Juta Isi Rumah Berpendapatan Paling Rendah

Automobile Tue, 2 Apr 2019

Drive a SOCAR Today Even if You’re Only 19-Years-Old

The minimum membership age has been lowered to 19-years-old and that means you’re off to a life full of freedom!

TECH Fri, 15 Nov 2019

Cara Kuatkan Bunyi Ketika Menonton Video Pada Chrome

Kepada anda yang gemar menonton video menggunakan Chrome khususnya kepada pengguna Laptop, sememangnya agak jengkel dengan kualiti bunyi yang agak perlahan. Berikut kami kongsikan salahs atu alternative untuk menggandakan kekuatan bunyi pada pelayar Chrome ketika menonton […]

TECH Tue, 12 Jun 2018

Henti Operasi, Selamat Tinggal Yahoo Messenger…

Bukan sekadar mencari kenalan baru, ada yang berjumpa jodoh di zaman kegemilangan Yahoo Messenger. Syok tau time tu, nostalgia sangat!

TECH Tue, 9 Jul 2019

Tips Mengemas rapikan Post Instagram di Android

  Instagram adalah salah satu media sosial yang paling banyak digunakan dalam generasi sekarang. Sudah tentu ia adalah satu perkara yang membanggakan jika anda berjaya menghasilkan makanan Instagram atau garis masa yang menarik dan kemas […]

TECH Tue, 19 Dec 2017

Celcom Dan Uber Berkerjasama Naik Taraf Pengalaman Digital

Kerjasama dengan Uber ini membolehkan Celcom menyediakan pengalaman digital yang hebat kepada pelanggan dalam menjalankan urusan seharian di samping memberikan mereka pelbagai ganjaran hebat.

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Tue, 12 Jun 2018

明年地球人看手机电脑时间将第一次超过电视

空闲时间只有那么多,你是用来上网,还是用来看电视?

error: Content is protected !!