Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 30, 2023 @ 12:25am

Tetap Hadir Kendali Program, PU Riz Cemas Neelofa Dah Nak Bersalin

Penceramah selebriti Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan bahawa isterinya, Neelofa sudah tiba masanya untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh PU Riz ketika sedang mengendalikan sebuah program, Salam Baitullah.

Menerusi video yang tular di TikTok, PU Riz tetap kelihatan tenang meskipun bimbang akan keadaan isterinya.

Kekal profesional mengendalikan program itu, penceramah itu turut ditenangkan oleh hos gandingannya, Fakhrul Radhi.

”Isteri dah due date dah. Insya-Allah, doa-doakan untuk mereka,” kata PU Riz.

Kagum dengan pengorbanan penceramah itu, Fakhrul sempat memuji tindakan PU Riz yang tetap komited untuk menjalankan tugasnya.

”Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insya-Allah, kita doakan segalanya dipermudahkan,” katanya.

Menurut PU Riz, dia akan terus bergegas untuk menemani isterinya selepas selesai menjayakan program tersebut.

”Korban tak korban, lepas ni saya terus pergi,” jelasnya.

@seorangnur Pengorbanan seorang suami. Semoga dipermudahkan proses kelahiran untuk Lofa 🤲🏻❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Sebelum ini, Neelofa telah memaklumkan bahawa dia akan bersalin dalam masa terdekat.

PU Riz dan Neelofa telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Bersalin Tempoh Terdekat, Neelofa Pilih Berpantang Secara Tradisional Untuk Kelahiran Ke-2 – “Saya Ambil Bidan Kampung”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

Featured Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Artis Popular Cerai Tahun Lalu Dah Rujuk Ketika Masih Dalam Idah?

Artis popular cerai rujuk kembali ketika masih dalam idah

error: Content is protected !!