Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 30, 2023 @ 12:46pm

Bernazar Mahu 7 Anak, Fizz Fairuz Korban 7 Lembu… Anggap Isteri Sebagai Definisi ‘Pengorbanan’

Pelakon Datuk Fizz Fairuz bernazar dengan menumbangkan tujuh ekor lembu untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Memetik laporan BH Online, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin memaklumkan tujuh ekor lembu yang ditumbangkan adalah simbolik kepada niatnya yang menginginkan tujuh orang anak.

“Untuk Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana ibu berada di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga akan menyembelih tujuh lembu.

“Alhamdulillah, paling meriah tahun ini. Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh cahaya mata, itulah nazar saya.

“Ibu saya mempunyai sembilan anak tetapi saya mahukan tujuh. Insya-Allah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, disoal makna pengorbanan dalam kehidupan sehariannya, Fizz berkongsi mengenai pengorbanan isterinya, Datin Almy Nadia.

“Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak. Apa yang saya maksudkan adalah pengorbanan Almy pada anak.

“Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menuntut tanggungjawab sebagai ibu.

“Jujurnya saya terharu melihat apa yang dikorbankan Almy selama ini. Kalau duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana Almy berkorban setiap hari.

“Banyak pengorbanan yang dilakukan,” jelasnya kepada wartawan BH Online.

Untuk rekod, Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak perempuan dan mengambil seorang anak angkat.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2024
Featured Mon, 20 Apr 2020

Tom patah hati, ini pengakhiran kisah Tom & Jerry yang ramai tidak tahu!

Pengarah siri animasi ini temui ajal Khamis lalu.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Hiburan Thu, 7 May 2026

Jazmy Juma Mahu Cabar Diri Bawa Watak ‘Psycho-Thriller’ & Komedi – “Tak Mudah, Perlu Persediaan Banyak”

Jazmy turut mengakui setiap karakter yang dibawa memberi pengalaman berbeza dan banyak mengajarnya mengenai kehidupan.

Trending Sun, 13 Jan 2019

Tujuh UTC Kembali Beroperasi Sehingga 10 Malam

Tujuh UTC Akan Kembali Beroperasi Sehingga 10 Malam Mulai 22 Januari Ini

error: Content is protected !!