Euforia Bola 2026
Drama By: Fatin Nurain June 30, 2023 @ 3:40pm

Pengakhiran Yang Menyayat Hati… Penonton Kurang Puas, Minta Erma Fatima Hasilkan Drama Perempuan Itu Musim Ke-2

Drama bersiri Perempuan Itu hasil karya, Erma Fatima sudah pun melabuhkan tirainya sekali gus meraih pelbagai perspektif dalam kalangan penonton setianya.

Menerusi episod terakhir drama tersebut, Mimi Lana yang memegang watak sebagai Khalish akhirnya bahagia bersama suami tercinta, Aryan lakonan Amar Asyraf.

Namun, kebahagian itu berakhir dengan khabar duka di mana Aryan telah meninggal dunia ketika bergegas ke hospital untuk menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata penonton setia drama ini meluahkan rasa kurang puas dengan pengakhiran drama tersebut.

Bahkan, kebanyakannya meminta Erma untuk menghasilkan siri sambungan untuk drama tersebut di ruangan komen perkongsian TikTok pengarah itu.

“Season 2 please.

“Kak, tolong sambungkan drama ini. Tak puas tengok. Musalmah tu apa cer? Pastu nak tengok anak Khalish besar, please.

“Sis Erma, please repeat balik cerita ni. Saya tak puas hati lah. Kenapa macam tergantung je Wardah dengan Musalmah tu?

“Tak suka endingnya, macam mana ni? Season 2 please,” komen pengikutnya.

Namun, ada juga segelintir peminatnya yang memuji hasil penulisan Erma menerusi drama ini.

@ermafatimarahmad Sekeras keras hati Khalish akhirnya tumpas dgn cinta pertamanya. Yg pasti dia buka juga hatinya untuk Aryan. #perempuanitu #rumahkaryacitra ♬ original sound – erma fatima

Selain Mimi dan Amar, drama arahan Ain Sharif ini turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Siti Hariesa, Elfriena Adros, Erysha Arshad, Eman Manan dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Mar 2018

Tewas Dek Bisa Si Tedung…Al-Fatihah

Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Trending Sat, 14 Nov 2020
Featured Mon, 6 Jan 2025

Mahu Jadi Lebih Positif, Tindakan Janna Nick Lawat Sahabat Baru Bersalin Menyentuh Hati – “Sebaknya! Moga Ada Rezeki Nanti”

Janna menitipkan doa agar semua pejuang dua garis biru pada tahun ini dikurniakan rezeki

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

“It’s A Boy!” – Remy Ishak Teruja Kongsi Momen Bersama Anak

Alhamdulillah, mesti comel baby boy Remy & Ezza ❤️

error: Content is protected !!