Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 3, 2023 @ 5:43pm

“Dia Memang Tak Berbakat, Suara Pun Tak Sedap!”- Ibu Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Lagu Raya & Baju Ketat Ala Power Rangers

Ibu kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim memohon maaf susulan pelancaran lagu raya terbaharu anaknya berjudul Cak Cun Cak Raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita mengaku anaknya itu tidak memiliki bakat nyanyian dan suara yang sedap jika dibandingkan dengan penyanyi sedia ada.

Malah, memaklumkan mereka sekeluarga juga sudah lali dengan perangai Aliff.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia sedia maklum setiap kali raya dia mesti sibuk buat lagu. Kami pun dah kebal dengan perangai dia.

“Kebagusan dia adalah, dia memang tak berbakat pun! Suara dia memang tak sedap. Tapi kerana dia punya keyakinan tu dia dapat kat mana tak tahu… boleh mengalahkan artis yang betul-betul berbakat,”  katanya.

Dalam hantaran yang sama, Rozita turut memarahi anaknya itu sehinggakan Aliff sempat berseloroh mengatakan dia menerima terlalu banyak tawaran nyanyian sehingga terpaksa menolak.

“Tak ada siapa nak tengok show kau Aliff Syukri, orang bagi free pun taknak, monyet je nak tengok.

“Maafkan anak saya netizen, semoga Allah jaga Aliff, Ida dan anak-anak.

“Jangan ingat saya tak marah dia ya! Saya marah,” jelasnya.

@ibondarozitaibrahim Kami faham , org luar xfaham .!! maafkan anak sy netizen @Dherbs Terlajak Laris ♬ original sound – Bonda Rozita Ibrahim

 

Terdahulu, Aliff sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas dia dan penari latarnya mengenakan baju Melayu yang ketat sehingga menampakkan sosok badan mereka.

@absolutevent Aliff Syukri buat lagu raya lagi tahun ni? 😱 Apa pendapat korang? Cuba comment sikit🤭 #absolutbazaarxgayaraya ♬ original sound – Absolut Bazaar

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Macam Power Rangers” – Peragakan Baju Melayu Ketat Ikut Bentuk Badan, Penampilan Aliff Syukri Dikritik

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Insan Terpilih, Mak Sedia Ya” – Bakal Lancar Lagu Raya Lagi! Isteri & Ibu Reda Dengan Perangai Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Saya Tahu Suara Datuk Seri Sedap, Tapi..” – Gara-Gara Video Menari Baju Ketat, PU Syed Tegur Aliff Syukri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jun 2020

Tarikh Buka Semula Sekolah Akan Diumumkan Esok

Dah ready ke nak masuk sekolah semula?

Featured Tue, 14 Dec 2021

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya. Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak. Walaupun sebelum […]

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

“Dia Masih Suami Saya, Tapi…” – Adira Tetap Dengan Pendirian

All the best Adira untuk Separuh Akhir 34 Muzik Muzik nanti!

Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Terbit Semula Lagu Terlalu Cinta, Yovie Widianto Pilih Lyodra

Lagu ini pernah dipopularkan Rossa pada 2006.

Selebriti Thu, 15 Feb 2024
error: Content is protected !!