Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 5, 2023 @ 5:00pm

“Lain Macam Vibes Lagu Ni, Seram Tapi…” – Tampil Kreatif, Malique ‘Berduet’ Dengan Mona Fendy Dalam Sedih Hati

Penyanyi rap terkenal, Malique mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan lagu terbaharunya berjudul ‘Sedih Hati’.

Apa yang menariknya, lagu yang dilancarkan sejak 3 Jun lalu itu membuatkan rata-rata peminat bekas anggota kumpulan Too Phat meremang apabila mengetahui dia tampil kreatif dengan meletakkan suara Allahyarham Mona Fandey pada bahagian intro dan ‘background’ lagu tersebut.

 

Mengambil intro lagu Ratapan Anak yang pernah didendangkan oleh Mona atau nama penuhnya, Maznah Ismail, rata-rata peminat mengakui Malique sememangnya berada dalam kelasnya yang tersendiri.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA di platform TiKTok, terdapat segelintir peminat yang memaklumkan, judul lagu tersebut sebenarnya diambil dari bait lirik lagu asal Ratapan Anak.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui lagu yang dihasilkan Malique atau ‘Mr General’ ini tidak pernah mengecewakan, bahkan liriknya yang penuh maksud tersirat dan berat ini sentiasa dinantikan oleh peminat setianya.

Selain itu, ramai juga yang berasa seram mendengarkan lagu tersebut dek kerana merasakan lagu Sedih Hati dikaitkan dengan kes kontroversi melibatkan arwah Mona.

Sekadar info,  Mona Fendy pernah menjadi seorang penyanyi sebelum terlibat dan menjadi pengamal perubatan.

Beliau pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1993 apabila terlibat dengan kes pembunuhan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Siti Sarah Berhijab Diejek Netizen?

Gambar yang menunjukkan Siti Sarah memakai hijab sambil memangku anaknya itu rata-rata mengundang pelbagai komen dari netizen dan followers Shuib yang menegur bahawa dahi Siti Sarah kelihatan agak luas apabila memakai hijab

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Salman Khan takut nak kahwin!

Dua tahun lalu, bintang filem ‘Dev Das’ ini  pernah juga membuat pengakuan tidak mahu berkahwin atas sebab tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Featured Mon, 26 May 2025
Hiburan Thu, 31 May 2018

《ntv7华语新闻》新时段强势出发!

深具公信力的《ntv7华语新闻》将开创大马第一个1小时的华语新闻,将原有的两节华语新闻整拼;从6月1日起,星期一至日,下午5时至6时,播出1小时的华语新闻。

Featured Fri, 26 Jun 2026

“Kalau Betul Nak Jaga Aurat Perempuan Muslim Tak boleh Pergi” – Isa Khan Lantang Ulas Isu Pakaian Gym Wanita 

Isa Khan tampil meluahkan pendapat peribadinya apabila menegur pakaian gim golongan wanita terutamanya yang aktif bersukan.

error: Content is protected !!