Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 6, 2023 @ 4:59pm

[VIDEO] Ali Puteh Dakwa Isteri Terima Mesej Ugutan Melampau Berbaur L*cah – “Kau K*ngk*ng, M*in Ramai-Ramai Atas Meja!”

Pelawak sensasi, Ali Puteh tampil mendakwa isterinya, Melati Fitri Abdullah pernah menerima ugutan melampau oleh individu tidak dikenali.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Ali berkata isterinya menerima mesej tidak senonoh ketika ditemu bual bersama dua penceramah selebriti Pencetus Ummah (PU) Amin dan PU Rahmat.

Jelas Ali, individu tersebut mengirimkan mesej di Instagram meluahkan hasrat ingin merogolnya.

“Yang paling teruk (diugut) isteri saya lah. Saya boleh sebut ya di sini? Dia kata ini isteri Ali Puteh eh?

“Kau datang sini, kau kangkang depan kita, kita main kau ramai-ramai, lepastu aku hantar kau balik. Baru kau tahu nikmat atas meja.

“Tak tahu lah kalau ustaz tapi saya ni suami ni. Rasa macam tak tahu nak cakap apa, sampai tahap macam tu sekali,” dakwanya.

Sementara itu, Ali turut mendedahkan pernah menerima kecaman memberi kesan mendalam kepadanya genap dua bulan selepas pemergian ibu tercinta, Sabariah Arshad.

“Waktu itu arwah mak saya baru meninggal dua bulan, ada orang DM saya, dia cakap ‘kalau aku jadi mak kau, kalau tahu keluar anak macam kau, aku suruh mak kau pakai kondom main dengan bapa kau supaya tak keluar anak macam kau,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa kesal dan kasihan terhadap ujian yang ditimpa pelawak itu.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan pendedahan Ali dikatakan seolah-olah sengaja mereka cerita.

Sebaliknya, ramai meminta Ali untuk mengemukakan bukti sekiranya benar dia dan keluarga menerima ugutuan setimpal yang dihebohkan.

Sebelum ini, nama Ali Puteh menjadi perhatian ramai selepas berlaku pertelingakahan bersama kakak iparnya, Siti Norhidayah iaitu balu kepada Allahyarham Abam.

Malah, Ali juga mendakwa Hidayah menghantar pelbagai perkara pelik di kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh Dakwa Jumpa Bangkai Mengkarung, Garam Kasar & Daun Bidara Depan Rumah Selepas Balu Abam Datang Melawat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Penjenayah Tapi…” – Ali Puteh Pelik Kerjaya Terganggu Akibat Isu Hidayah, Janji Langsai RM60,000 Sebelum Raya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Oct 2022
Kes Mahkamah Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Kongsi Video Dengan Jururawat, Pelakon Drama NUR Dikecam Netizen?

Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

“Karya Komedi Romantik Masih Ada Peminat” – Tam Suhaimi

Tam Suhaimi berkongsi pandangan mengenai genre komedi romantik yang semakin jarang diketengahkan di layar perak.

Hiburan Mon, 4 Nov 2019

Pemalu Punca Riena Kurang Popular?

Doakan yang terbaik untuk jenama Mariposa!

Featured Fri, 19 May 2023
Featured Mon, 5 Jul 2021

Waktu Operasi Premis Makanan Kekal 6 Pagi Hingga 10 Malam

Waktu operasi premis makanan bagi fasa satu dan dua kekal bermula 6 pagi sehingga 10 malam seperti diumumkan sebelum ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan […]

error: Content is protected !!