Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir July 6, 2023 @ 7:39pm

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Drama siri K-Drama baru yang menjadi perhatian ramai iaitu Cheongdam International High School arahan Min Ji-Young ditayangkan di saluran tvN dengan kerjasama platform penstriman Tonton.

Bersandarkan genre thriller, drama 10 episod ini mengisahkan konflik pelajar sekolah yang disifatkan mampu membawa penonton merasai pengalaman berbeza berbanding karya genre sama yang pernah dibawakan sebelum ini.

Bagi penulisan skrip yang ditulis Jun Sung-Eun ini difahamkan lebih ke arah agenda membalas dendam di antara pelajar sekolah menengah tersebut sehingga berlaku satu kes pembunuhan.

Drama ini dibarisi pelakon muda berbakat seperti Kim Ye Rim, 24 yang juga merupakan ahli kumpulan Red Velvet, Lee Eun Saem, 24, Lee Jong-Hyuk, 26, dan Yoo Jung-Ho, 26.

Baru-baru ini, Ye Rim dan Eun Saem ditemui di sidang media Cheongdam International di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur untuk berkongsi pengalaman mereka membintangi drama tersebut.

Menurut Eun Saem, yang paling disukai mengenai watak yang dibawa iaitu Kim Hye In ialah sifat tidak mudah berputus asa dan seseorang yang menyayangi dirinya.

Manakala Ye Rim, dia membawa watak Baek Je Na yang menjadi suspek utama pembunuhan di sekolah itu menyatakan dia banyak belajar daripada karakter watak tersebut.

“Karakter itu langsung tiada persamaan dengan saya dan meskipun watak itu berpewatakan buruk, saya belajar banyak daripada karakter yang saya bawa,” ujarnya.

Berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam menjayakan drama tersebut, antaranya mereka terpaksa menjalani penggambaran pada musim sejuk.

“Yang paling saya tak boleh lupa adalah cuaca yang sangat sejuk di Korea kerana penggambaran dilakukan pada bulan Disember dan Januari,” kata Eun Saem.

Bagi penggemar drama Korea, jangan lepaskan peluang menonton Cheongdam International High School yang padat dengan aksi dan pengembaraan mendebarkan dalam usaha menyelesaikan kes pembunuhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Dec 2018

H’Hen Nie Gagal Raih Gelaran Miss Universe 2018 Gara-Gara Kesilapan Jurubahasa?

Jawapan yang diberikan oleh jurubahasa didakwa tidak menggambarkan intipati sebenar mesej yang cuba disampaikan H’Hen Nie.

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Wed, 18 Jan 2023

“Dia Bawa Pergi Masjid Shah Alam Untuk Solat Berjemaah” – Julia Farhana Dedah Tempat Pertama Dating

Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan suaminya, Dr Che Hafiz adalah lelaki yang sering membimbing dan memberi pendedahan berkaitan hal agama. Menurut Julia, kali pertama mereka berjumpa, suaminya membawa mereka ke masjid. “First time dating tu […]

Featured Wed, 11 Aug 2021

“Akak Nak Adik Sampaikan COVID-19 Is Real, Tolonglah Dapatkan Vaksin..”- Nasihat Jururawat Buka Mata Shuib

Setelah pemergian isteri tercinta akibat virus COVID-19 , pelawak dan pelakon terkenal Shuib Sepahtu menyeru orang ramai agar membuka mata dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera mendapatkan vaksin. Menurut Shuib lagi, pada mulanya dia tidak […]

Hiburan Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!