Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Fatin Nurain July 13, 2023 @ 1:19pm

Dengar Orang Menangis Ketika Live, Ryan Bakery ‘Diganggu’ Makhluk Halus? – “Ada Benda Panggil Aku”

Pempengaruh Ryan Bakery berdepan dengan detik cemas apabila dirinya diganggu oleh makhluk halus ketika live bersama rakannya, Asraf Jaafar atau Acap S di TikTok.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Ryan yang berada di luar rumah menyatakan dia berasa tidak sedap hati kerana terdengar seperti seseorang memanggilnya.

Kejadian yang dikatakan berlaku sekitar 3.30 pagi itu turut disaksikan oleh Acap yang mendengar seperti seseorang sedang menangis.

“Aku rasa tak sedap hatilah, rasa macam nak masuk. Macam ada benda panggil aku. Kau dengar tak ada bunyi?,” kata Ryan.

Enggan membiarkan Ryan dalam bahaya, Acap sempat menasihatkan pempengaruh itu untuk masuk ke dalam rumahnya.

“Kau dengar orang menangis ke Ryan? Isteri aku dengar, dia chat aku. Bahayalah, masuklah Ryan. Isteri saya boleh dengar, guys. Isteri saya hijab dia terbuka dulu. Dia yang bagitahu saya kata dia dengar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons bahkan, ada juga yang mendengar bunyi yang sama seperti mereka.

@farahqabella #ryanbakery#fyp#foryou#foryoupage #seram#ryanbakeryfans#fypシ ♬ original sound – 🅵.🅰.🆁.🅰.🅷 🆀🅰🅱🅴🅻🅻🅰✨

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022

Fendy Bakry Sebak Kucing Kesayangan Mati – “Terima Kasih Nak Hadir Dalam Hidup Daddy & Mummy…”

Baru-baru ini, pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa sebak apabila kucing kesayangannya iaitu Missy dipercayai mati akibat paru-paru berdarah. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fendy, dia dan isterinya, Ayu Afnizar tidak dapat menahan air mata […]

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Featured Wed, 28 May 2025
Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Sat, 4 May 2024
familuv Tue, 17 Jan 2023

“Sampai Mampus Pun Hidup Kau Sempit Sebab…” – Suami Fatin Afeefa Minta Netizen ‘Stop’ Bandingkan Diri

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain. @aliff_awangRILEK AAAA WEH Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU […]

error: Content is protected !!