Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri March 14, 2018 @ 3:11pm

Ketahui Apa Itu AP Set, Recond Set Dan Original Set?

Setiap kali apabila kita mahu membeli handphone baru pasti kita akan ditawarkan dengan 3 terma ini, iaitu AP, Ori dan Recond. Namun begitu, adakah anda tahu apa disebalik ketiga-tiga terma ini? Mungkin ramai yang hanya melihat perbezaan harga yang ketara dan kualiti yang berbeza. Adakah AP dan recond set adalah set tiruan?

ORIGINAL SET
Original set bermaksud “handphone” dibeli daripada pengedar yang sah, bukan bermakna peranti yang dijual di kedai-kedai yang tidak rasmi adalah tidak original, namun risikonya tetap ada. Harga original set selalunya lebih mahal daripada set yang lain berikutan cukai yang dikenakan kerajaan dan pembelian adalah melalui pengedar (pengedar juga nak untung). Jaminan untuk original set adalah keutamaan sebenarnya, iaitu jaminan yang dibekalkan oleh pengedar sah ini boleh di-claim dimana-mana cawangan pengedar sah seluruh negara. Berbeza dengan jaminan yang diperuntukkan oleh set AP dan recond.

AP SET
AP set sebenarnya juga original set, tetapi ia tidak dijual melalui pengedar yang sah. AP set boleh juga dikatakan masuk ke Malaysia melalui pengedar yang tidak sah dan tidak diketahui. Ini termasuk melalui pembelian secara borong oleh peniaga daripada ebay, atau pembelian secara terus dari luar negara. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendahdaripada harga original set, tetapi jaminan adalah sangat terhad. Terhad disini bermaksud jaminan hanya boleh di-claim di kedai yang menjual peranti pintar tersebut dan tidak boleh di-claim melalui pengedar yang sah. Sebagai contoh, anda membeli peranti Samsung AP set dari Alor Setar tetapi anda tinggal di Kuala Lumpur. Jika peranti tersebut mengalami apa-apa masalah, anda perlu merujuk kedai yang anda beli di Alor Setar. Kualiti AP set adalah sama dengan original set.

RECOND SET
Recond set adalah berasal daripada perkataan “recondition” atau dalam bahasa melayunya “dibaikpulih”. Recond set adalah berasal daripada peranti–peranti pintar yang rosak tetapi dibetulkan. Sebagai contoh, setiap kilang membuat “handphone” akan mempunyai “scrap” atau “reject” berikutan kualiti yang dikeluarkan tidak menyamai standard yang akan dijual kepada orang awam. Tetapi, peranti ini akan di “rework” untuk kualiti gred berbeza dan cara jualan yang berbeza. Sememangnya, ketiga-tiga jenis set peranti pintar ini adalah datangnya daripada kilang yang sama tetapi kualiti dan warranty yang diberikan adalah berbeza. Jaminan recond set sama seperti AP set dan harga recond set pula lebih rendah daripada AP set.

iPhone
iPhone berbeza dengan model-model peranti pintar lain di pasaran kerana iPhone tidak mempunyai AP set. iPhone dijual melalui pengedar yang sah (apple store). iPhone juga sebenarnya tidak dibenarkan penjualan di kedai handphone biasa. Bahkan, kebanyakan kedai handphone biasa akan menjual iPhone dengan harga sedikit mahal daripada Apple Store kerana mereka juga membeli daripada Apple Store. Jaminan yang diberikan oleh Apple adalah international warranty dan selalunya produk-produk apple dilindungi jaminan dengan one-on-one. Bermaksud, jika iPhone yang anda beli rosak dalam tempoh jaminan, anda boleh menukar iPhone anda dengan yang baru. iPhone juga mempunyai recond set. Recond set untuk iPhone sebenarnya sukar didapati kerana recond set ini adalah berasal daripada iPhone yang di-return kepada apple dalam tempoh jaminan. Apple akan “recondition” semula iPhone yang rosak ini dan dijual oleh pengedar-pengedar yang tidak diketahui. Selalunya, recondition set untuk iPhone akan ada selepas beberapa model iPhone baru dilancarkan. Sebagai contoh, setelah iPhone 5 dikeluarkan, iPhone 4S dan iPhone 4 tidak akan dijual lagi oleh Apple. Set baru yang terdapat dalam pasaran selepas iPhone 5 dikeluarkan adalah recond set, ataupun iPhone yang tidak habis terjual sebelum pelancaran iPhone 5.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 23 Mar 2019

Ciri Penting APP YouTube Di Nintendo Switch Yang Anda Kena Tahu

Tapi tahukah anda yang APP YouTube pada Switch sama lengkap seperti yang boleh ditemui pada TV pintar ataupun Android TV?

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

TECH Mon, 11 Nov 2019

China Dah Mula Teroka 6G Sedangkan Yang Lain Baru 5G

Lajunya China dimana sekarang dah 6G sedangkan yang lain baru 5G

TECH Thu, 12 Jul 2018

TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, TM telah mengumumkan bahawa pelanggan pakej Unifi mereka akan menerima penaikkan-taraf kelajuan internet mereka sehingga 10 kali ganda lebih pantas dengan pengenalan Unifi Turbo. Perkara ini telah disahkan oleh pihak […]

TECH Thu, 10 Oct 2019

Instagram Perkenalkan Ciri ‘Restrict’ Pada Komen

Ciri bagi menyembunyikan komen negatif dari dipaparkan

TECH Tue, 6 Aug 2019

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

Ini dikongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp.

TECH Wed, 12 Sep 2018

史上最酷的球鞋诞生!让你走路自带动画的Shiftwear

热衷于收集球鞋的人绝对不能错过这双!来自纽约的创业团队—ShiftWear 开发出一款号称史上最酷的球鞋,鞋面两方搭载「电子墨面板」,透过操作专属APP,不仅能轻松更换鞋身的图案设计,还能放上一段动画。

TECH Fri, 23 Feb 2018

6 CARA KAWAL TELEFON PINTAR KANAK-KANAK

Jika sukar untuk menghalang anak-anak daripada menggunakan telefon pintar eloklah memastikan peranti berkenaan dilengkapi aplikasi selamat untuk mereka.

Automobile Tue, 9 Oct 2018

汽车「轻量化」会否影响安全?

汽车「轻量化 Lightweight」逐渐普及化,究竟轻量化会否影响安全?

TECH Wed, 11 Jul 2018

Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up

Tetapan tiga kamera mula mendapat perhatian selepas Huawei memperkenalkan model P20 Pro yang dilengkapi 3 lensa dari Leica. Ramai beranggapan ia perubahan yang besar untuk tahun ini tetapi beberapa bulan selepas itu, Vivo serta OPPO […]

error: Content is protected !!