Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 13, 2023 @ 10:42am

Kenali Dua Watak Utama Dalam ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’

Drama ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’ merupakan drama bergenre jenayah, arahan bersama Megat Sharizal dan Faizul A Rashid.

Siri ini dibintangi oleh Zahirah Macwilson dan Aloy Paradoks. Kisah ini menjanjikan jalan cerita yang penuh saspens.

Kenali dua watak utama yang membangkitkan dinamik drama ini.

Fatema Umar (dilakonkan oleh Zahirah Macwilson)

Fatema merupakan seorang yang berperilaku kasar, berjiwa pemberontak dan sentiasa berterus terang. Hal ini juga kelihatan dalam pendekatannya menjalankan tugas sebagai seorang wartawan. Wartawan berusia 32 tahun ini tidak mahu hanya melapor berita. Dia mempunyai visi untuk menggegar dunia dengan laporan-laporannya. Peraturan dan arahan tidak menjadi keutamaan bagi Fatema. Dia sering meneliti sudut yang tidak terlintas di fikiran pemberita lain.

Fatema juga merupakan seorang wanita moden. Dia merupakan seorang yang amat bersemangat memperjuangkan isu-isu wanita dan mahu mengubah pandangan awam tentang penyertaan wanita dalam industri media. Namun, sifat agresifnya yang terlalu mengikut perasaan, panas baran dan selalu menyendiri tidak membantu reputasinya untuk menjadi wartawan yang dihormati.

Rozimi Razak (dilakonkan oleh Aloy Paradoks)

Rozimi adalah seorang wartawan yang berpengalaman dan peramah. Sikapnya ini membuatkannya begitu disenangi oleh bosnya. Personalitinya juga membantunya mengorek cerita. Keupayaannya untuk menyesuaikan diri dalam perhubungan sesama masyarakat – dari busker hingga ke Tan Sri pemilik ladang kelapa sawit – juga menjadi aset baginya dalam kerjaya.

Namun, Rozimi seorang yang suka mengelak daripada konflik dan tidak pernah mencabar suara autoriti. Hal ini menjadikannya seorang pekerja yang hanya menurut perintah. Sifat ini juga telah menjadi punca keretakan rumah tangganya. Jejaka berusia 36 tahun ini amat menghargai stabiliti. Tambahan pula, sebagai seorang bapa, Rozimi sentiasa risau tentang masa depan anaknya. Dia tidak sanggup merisikokan kerjayanya hanya untuk memastikan suaranya didengari.

Gabungan kedua-dua watak ini tentunya mencetuskan cabaran dek keperibadian mereka yang berbeza seperti langit dengan bumi ini. Namun, kes berprofil tinggi yang timbul memaksa mereka untuk belajar daripada satu sama lain untuk menjadi wartawan dan individu yang lebih baik.

Cerita Apa? ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’
Bila? Saksikan dua episod terbaharu pada setiap hari Khamis
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 25 Apr 2023
Drama Thu, 12 Mar 2020

Amelia Henderson Derita Dalam “Rindu Yang Terindah” ?

Antara kasih dan benci, dapatkah Airis bertahan dalam perkahwinannya?

Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Drama Thu, 21 Dec 2023

5 Bakal Hero Malaya Ini Memantapkan Siri ‘Alice Kampung Baru’

Kenali muka-muka yang memainkan peranan dalam siri ini

Drama Mon, 30 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Surat Dari Tuhan’

Apabila menantu berlaku kejam…

Drama Wed, 6 May 2026

“Penyondol Berkelas! Hanya Sarimah Ibrahim Boleh Hidupkan Watak ‘Wanita Simpanan’ Dengan Cara Berbeza” – Shuhaimi Lua

Watak Eva lakonan Sarimah Ibrahim dalam Bila Cinta Menjadi Dosa paling mencuri perhatian sejak drama itu ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Drama Tue, 16 May 2023
Drama Sat, 25 Mar 2023
error: Content is protected !!