Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana July 12, 2023 @ 2:05pm

Fiersa Besari Bakal Beraksi Di Zepp Kuala Lumpur 12 Oktober Depan!

Penulis, pemuzik dan pempengaruh media sosial kelahiran Bandung, Indonesia, Fiersa Besari akhirnya menembusi pasaran komersial.

Fiersa bukan sahaja mengangkat muzik bertemakan cinta malah liriknya juga menyentuh sisi kemanusiaan dan sosial sekaligus meletakkan sentuhannya pada tempat yang sangat istimewa di hati para peminatnya.

Fiersa pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada tahun lalu sehingga membuatkan peminat sentiasa merindui kemunculan terbaharunya.

Susulan kejayaan persembahan pertamanya itu, Fiersa kini bersedia untuk kembali dengan konsert solo terbaharu yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan.

Dibawakan Seraya Group, Fiersa mengatakan kemunculan terbarunya dalam konsert Berjalan Mundur By Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur sebagai titik tolak untuk melunaskan kerinduan peminat terhadap karya-karyanya.

“Kembali ke Kuala Lumpur dan dapat berdiri di hadapan peminat adalah penghargaan terbesar buat saya. Sokongan tidak berbelah bahagi dan keterujaan peminat di Malaysia memberikan inspirasi untuk saya mempamerkan persembahan yang tidak mungkin dilupakan.

“Keterujan peminat membuatkan saya yakin konsert ini bakal menjanjikan pengalaman luar biasa dan bermakna buat semua yang hadir nanti,” katanya.

Fiersa bakal membawakan 18 lagu popular pilihannya dengan gabungan muzik pop indie, folk dan alternatif.

Antara lagu yang bakal dibawanya adalah April, Waktu Yang Salah dan Celengan Rindu yang pernah berada di di carta popular.

“Setiap lagu akan saya bawakan dengan sepenuh hati kerana saya mahu konsert itu nanti membekas pengalaman bermakna buat peminat.

“Janji saya akan ada kejutan dan kelainan pada susunan muzik dalam beberapa lagu kegemaran ramai, namun jati diri Fiersa sebagai penyanyi dan pemuzik tidak sesekali dipinggirkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya Putri berkata, Berjalan Mundur By Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur bakal menjadi titik permulaan Fiersa meraikan 14 tahun berkarya dalam bidang muzik.

“Kali terakhir Fiersa beraksi dalam konsert solo adalah pada tahun 2020 di Jakarta. Bagi memaknakan lagi kemunculan album terbarunya, Berjalan Mundur yang dilancarkan pada November lalu, kami turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi persinggahan konsert.

“Kemunculan pertama Fiersa di sini, tahun lalu menerima respons yang cukup luar biasa daripada peminat. Fiersa begitu terharu, tambahan pula ia persembahan pertamanya di luar Indonesia.

“Justeru, kami memutuskan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara destinasi siri konsert ini bagi mengubati kerinduan peminat terhadap lagu-lagu nyanyian Fiersa,” jelas Intan.

Tiket untuk menyaksikan persembahan Fiersa dijual pada harga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah – VVIP Box untuk 8 orang) boleh diperoleh menerusi pautan: ticket2u.com.my

Layari Instagram Seraya Live (@serayalive) dan saluran media sosial rasmi Fiersa Besari untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Amira Othman Akhirnya Sahkan Kini Hamil Tujuh Bulan

Amira Othman dijangka bersalin pada penghujung bulan enam atau awal bulan tujuh

Featured Thu, 24 Nov 2022
Events Sun, 11 Sep 2022

Netizen Sindir Nabil Ahmad Gara-Gara Pergi Konsert Dewa 19

Haa dah kenapa pulak ni sindir-sindir?

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Featured Mon, 19 Aug 2019

Lihat 20 tag pakaian ini. kelakar habis!

kreatif sungguh! rugi kalau tak tengok

Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Tam Suhaimi Bertegas Tak Perlu Adegan Panas Untuk Tarik Penonton

Tam Suhaimi tak setuju perlu adengan panas untuk karya laris

Automobile Thu, 25 Apr 2019
Hiburan Thu, 15 Nov 2018

‘Awat Kulit Gelap Sangat?’, Ini Jawapan PADU Nourul Untuk Si Polan!

Psst… kalau kulit gelap memang ada menyusahkan orang lain ke?

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah

error: Content is protected !!