Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 1, 2025 @ 7:00pm

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah, sebelum menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Menerusi Instagram Story (IGs), Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkongsi pesanan menyentuh hati yang dipercayai ditulis sebelum konvoi memasuki zon kuning.

“Ini adik perempuan saya, anak kedua selepas saya. Jika apa-apa berlaku kepada saya, dialah yang akan menggantikan tempat saya sebagai kakak sulung.

“Kakak Ela, terima kasih kerana sentiasa ada sejak kecil. Kita tak pernah bergaduh, malah kalau berpisah sekejap pun pasti akan menangis,” luah Zizi.

Dalam masa sama, selebriti berusia 39 tahun itu menyifatkan Nazielah seorang yang mudah beremosi, namun dia cukup kuat dan menjadi tonggak penting keluarga.

“Jaga diri kamu dan keluarga kita dengan baik. Jadi contoh terbaik untuk adik-adik kita serta tolong jaga ibu.

“Berilah kasih sayang tanpa syarat kepada ibu dan adik-adik. Semoga ALLAH sentiasa melindungi kamu semua dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Kakak sangat menyayangi kamu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

王心凌新专辑「粉爱妮」向甜蜜致敬的经典款

Cyndi王心凌即将在12月推出第12张专辑!日前她个人IG出现一款「粉爱妮」IG九宫格,可说是向甜蜜致敬的经典款。

Events Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Bakal Nikah Sabtu Ini, Bapa Aman Nassim Kini Sakit Tenat

Semoga urusan Aman dan bapanya dipermudahkan Allah SWT, Amin…

Hiburan Mon, 23 May 2022
Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Mon, 28 Dec 2020

Adira Suhaimi Kembali Dengan Single Terbaru!

Mesti best! Tak sabar nak dengar????

Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

无线「第一代」首席小生陈振华病逝

据香港媒体报道,70年代著名电视演员陈振华日前于香港九龙圣德肋撒医院因生病离世,终年78岁;据悉,晚年的他视力和听力衰退,就连热忱的看相命理也被迫放弃。

error: Content is protected !!