Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana July 12, 2023 @ 2:17pm

Siap Sedia Untuk Selesaikan Misteri Kes Jenayah di Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu

Tonton Original mempersembahkan siri misteri terbaharu, Metro Crime Series dengan berbekal kemahiran dan keberanian, dua wartawan berpengalaman dari Harian Metro, Zahirah MacWilson sebagai Fatema dan Aloy Paradoks sebagai Rozimi yang bakal mengungkap misteri di sebalik kematian tragis Syerinie.

Metro Crime Series telah mula disiarkan pada 6 Julai lalu dengan dua episod pertama yang diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures. Siri ini akan bersiaran pada setiap hari Khamis dan mengandungi 10 episod.

Ia merupakan arahan Faizul A. Rashid dan Megat Sharizal dan merupakan hasil nukilan skrip oleh Hadi M. Nor serta menampilkan pelakon hebat tanah air seperti Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Nia Atasha, Wan Raja, Chew Kin Wah, Aqilah Abas, Megat Sharizal, Mustaqim Bahadon, Megat Adli, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Siri ini akan membawa penonton dengan penuh teka-teki yang diilhamkan dari sebuah kes jenayah terkenal di Malaysia.

Ia bermula dengan kehilangan Syerinie (Eamie Elyna) secara misteri setahun yang lalu. Kehilangan Syerinie telah menimbulkan pelbagai persoalan. Fatema (Zahirah MacWilson) merupakan seorang wartawan di meja jenayah. Walaupun kes ini telah ditugaskan kepada rakan sekerjanya Rozimi (Aloy Paradoks), namun naluri Fatema sebagai seorang wanita tetap ingin mengetahui misteri kehilangan dan kematian Syerinie.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan plot dan kejutan yang bakal menarik perhatian anda semua dalam setiap episod akan datang. Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang perkembangan dan plot yang menarik, anda boleh melanggan Tonton dengan bayaran serendah RM 9.90 sahaja.

Teruskan menonton Metro Crime Series di Tonton dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store, atau layari laman web tonton.com.my.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #ZahirahMacWilson, #AloyParadoks, #SiapaLelakiItu, dan #MCS. Dapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda dengan layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Kalau Nak Ikut Tekak Awak, Masak Sendiri Diam Diam” – Tyra Kamaruzzaman

Tyra berpendapat setiap individu mempunyai cara masakan yang berbeza

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Azam 2024, Ella Berhasrat Tunai Ibadah Haji & Rancang Nak Keluarkan Lagu Baru!

Moga dipermudah segala urusan Rock Queen kita! ❤️

Featured Tue, 4 Mar 2025

Fattah Amin Sayu Sambut Ramadan Secara Solo – “Memang Berbeza, Tapi Saya Kena Kuat”

“Kena sentiasa bermuhasabah, dan terbuka dengan takdir,”- Fattah Amin

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh

Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh Melalui DM Instagram

LIFESTYLE Fri, 23 Feb 2018

THE WHISPERING CINEMA: A NEW MOVIE WATCHING EXPERIENCE

The Whispering Cinema is the first ever programme created by Think.Web in order to create awareness on blindness.

Hiburan Wed, 24 May 2023
Featured Mon, 12 Jun 2023

Isu Buka Tudung Sehingga Kaitkan Arwah Bapa, Alya Iman Tampil Beri Respons

Amboi kemain netizen sampai libatkan arwah ayah dia 🥲

Trending Sat, 8 May 2021

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semoga urusan para peniaga dipermudahkan

error: Content is protected !!