Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 13, 2023 @ 6:51pm

Muka Serious Tapi Kelakar, Peminat Terhibur Tengok Gelagat Izara Aishah Bebel Ketika Live – “Sound Tu Setepek Tapi Effortless”

Pelakon jelita Izara Aishah sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya ketika live di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Izara yang sedang gigih menjual koleksi pakaian terbaharunya kelihatan tenang melayan kerenah peminatnya.

Dalam perkongsian tersebut, Izara sempat menyakat peminatnya untuk membeli pakaiannya selepas memintanya berdiri kerana ingin melihatnya jubah yang dipakainya ketika itu.

“Nak saya berdiri? Kena belilah. Jangan suruh-suruh sahaja. Bila dah suruh saya berdirilah kan, mana tadi nama tu meh saya tengok nanti dia beli ke tak. Mana yang suruh berdiri tadi?

“Saya nak tengok nama, nanti tengok-tengok baju tak beli. Insya-Allah, nanti belilah saya dah berdiri ni,” katanya.

Lebih mencuit hati, Izara sempat menyatakan dirinya sengaja membuat live waktu petang untuk melihat sambutan yang diterimanya ketika itu.

Malah, dia sempat berceloteh mengenai sambutan dari peminat sekiranya dia membuat live pada waktu pagi, petang atau malam.

“Saja nak tengok orang-orang belah petang macam mana sebab lain-lain eh crowd petang, crowd malam. Lepas ni nak try pagi pula. Pagi selalunya mereka selalunya mesti moody sebab menyampah nak tengok muka bos.

“Saya belum berani lagi nak live pagi-pagi, takut nanti bergaduh dengan followers. Mereka tu tengah bad mood tengok muka bos.

“Pastu, masuk dalam live saya nanti dia cakap pula kasar-kasar. Pastu saya cakap kasar balik dekat dia. Takut nanti bergaduh.

“Takut nak buat pagi-pagi, jadi saya buat petang dulu bila dah tak payah pandang muka bos atau pun saya buat malam lah risau nak buat pagi.Saya ni memang gila kadang-kadang, dengan kerusi pun nak marah,” jelasnya.

@wanitamatahari Hahahah ! Aku takleh lah dengan Izara ni. Dia punya sound tu setepek kekadang tapi effortless 😅 teringat ustazah zaman sekolah dulu, kalau perli secara tenang je hahahhaha ! Yang faham dia faham lah kan 😂 #izaraaishah #kelakar #lucu #fyp #foryou ♬ original sound – Milah Matahari

Terhibur melihat telatah spontannya yang bersahaja, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

“weh aku yang suruh dia berdiri tuuuu

“Garang dalam lembut

“Ya Allah garang betullll

“Tunggu restock lah hahahaha,” komen warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 May 2022
Hiburan Sat, 15 Nov 2025
Trending Fri, 16 Jul 2021

Awie Tampil Dengan Coretan Pilu, Jadi OST Drama Bersiri Ayahanda

Lagenda muzik rock Malaysia, Datuk Awie tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu. Coretan Pilu merupakan gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar. […]

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Sat, 2 Nov 2019
Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Sat, 11 Sep 2021

BPR Rayuan, BPR Fasa 3 Dan BKC Disalurkan Berterusan Sehingga Akhir Tahun

Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan secara berterusan sehingga akhir tahun kepada rakyat menerusi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai yang disediakan kerajaan kepada hampir […]

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Events Fri, 15 Feb 2019
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

CJ WOW SHOP 欢庆两周年大优惠

C为了纪念这个重要的里程碑,从即日起CJ WOW SHOP各购物平台(包括电视、互联网和手机应用程式)都将会推出为期一个月的促销活动!

error: Content is protected !!