Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 14, 2023 @ 6:00pm

Tok Ram Komen Penyanyi Perlu Buat Album, Ini Respons Aina Abdul – “Awalnya Rasa Macam Tuju Pada Saya Tapi….”

Penyanyi, Aina Abdul mengakui sedikit sebanyak terfikir mengenai komen yang diberikan oleh Maestro muzik, Datuk Ramli MS yang menegur penyanyi BBNU untuk fokus membuat album dan bukan sahaja melancarkan single lalu terus mengadakan konsert.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 ini, dia memandang komen tersebut daripada sifu atau legenda dalam industri muzik dari sudut yang positif untuk terus mencipta lagu sekaligus mengeluarkan album.

“Pada saya, sewaktu diberi komen sebelah Tok Ram, sudah tentu saya rasa macam ‘oh, is it about me?’… Tetapi bila fikir semula saya rasa tidak mengapa, semua pihak ada pendapat mereka sendiri.

“Saya pun cuba menulis banyak lagu, I am independent singer, semua yang saya lakukan dan berbelanja adalah dari diri saya sendiri. Saya anggap komen itu sebagai satu nasihat daripada seorang figura hebat atau sifu dalam industri seni.

“Beliau muncul sebelum semua penyanyi muncul jadi beliau ada pendapat sendiri dan saya sangat menghormati perkara (komen) itu.

“Saya akan ikut nasihat beliau dan itu adalah apa yang saya sedang lakukan jadi kalau orang tanya mana saya tak keluar lagu, sabar… saya tengah asah pisau.

“Saya dalam perancangan untuk mengeluarkan album, Insya-Allah jika tiada aral melintang tahun ini ada album saya,” jelasnya lagi ketika ditemui di majlis pra-kemuncak ABPBH 35 berlangsung di The Agam, pada Selasa.

Sebelum ini, Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkata dalam satu program nyanyian realiti bahwa seorang penyanyi untuk kekal relevan perlu mempunyai album dan bukan membuat single sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Konsert Dua Jam Tapi Kalau Ada Lima Lagu Sahaja Macam Mana?” – Ramli MS Seru Bakat Baharu Buat Album Demi Masa Depan

Susulan itu, ramai mendakwa komen tersebut dituju kepada Aina yang juga merupakan juri tetap untuk program tersebut.

Aina tercalon dalam dua kategori ABPBH 35 iaitu kategori penyanyi wanita popular dan lagu paling boom popular menerusi lagu Terus Hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Bandingkan Dengan Selebriti Lain, Aina Abdul Nasihat Ainations – “Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Cakap Buruk Tentang…”

Pada malam kemuncak ABPBH, Aina diumumkan antara 10 artis undian tertinggi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) selain Anna Jobling, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Fattzura Tidak Tercalon Peminat Bengang

Anugerah MeleTop Era (AME2018) bakal menemui peminat lagi pada April ini, namun ketiadaan pasangan Fattah Amin dan Fazura dalam kategori Couple MeleTop Top 20 menjadi tanda tanya. Ramai mengaitkan isu ini dengan Neelofa selaku pengacara program itu.  Namanzee Haris menafikan pasangan kegemaran […]

Events Fri, 12 Jun 2026

Himpun 6 Artis Popular Tanah Air, Spotlight KLCC Series Angkat Konsep Konsert Premium

Spotlight KLCC Series bakal dihangatkan dengan persembahan showcase lebih intim

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Mira Filzah Blocked Siapa Tu?

Apapun, semoga yang terbaik buat Mira Filzah!

Featured Tue, 17 Jan 2023
Trending Tue, 10 Dec 2019

Malaysians’ Love-Hate Relationship with Solo Travel

Did you know that 69% of Malaysian respondents have either traveled solo or considering it regardless of age, gender and nationalities.

Featured Tue, 9 Nov 2021
Trending Tue, 26 Dec 2023
error: Content is protected !!