Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2023 @ 12:31pm

Pengedar Kemboja & Vietnam Intai Filem Sumpahan Jerunei

Belumpun ditayangkan di pawagam tanah air, filem bergenre seram, budaya dan fiksyen, Sumpahan Jerunei terbitan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd sudah menarik minat beberapa pengedar dan ejen filem di peringkat antarabangsa.

Filem arahan Jason Chong itu menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Penerbit Bersama filem, Datuk Nancie Foo berkata, dia dan rakan kongsi, Datin Wendy Wong memang berhasrat untuk membawa filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat kisah adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak itu ke peringkat global.

Setakat ini, katanya, pengedar filem dari Kemboja dan Vietnam berminat untuk menayangkan filem Sumpahan Jerunei di sana.

“Perbincangan masih berjalan dengan pengedar filem dari dua negara terbabit dari segi syarat dan sebagainya.

“Mengikut perancangan, filem Sumpahan Jerunei dijangka ditayangkan di Kemboja pada September depan,” katanya.

Mengenai pasaran filem Sumpahan Jerunei di peringkat antarabangsa, kata Nancie, pihaknya mendapat pelbagai maklum balas positif dari pengedar filem dan ejen ketika menjual sinopsis dan trailer Sumpahan Jerunei di beberapa festival filem antarabangsa, sebelum ini.

“Antaranya, Hong Kong International TV & Film Market 2016; Asia TV Forum & Market (ATF), Singapura; Festival Filem Busan, Korea; MIPCOM Cannes 2019 dan Marche Du Film Cannes 2022 dan 2023.

“Tidak ketinggalan, American Film Market, Santa Monica, Los Angeles, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.

“Selain itu, kami juga akan menghantar penyertaan filem Sumpahan Jerunei ke festival filem yang layak di peringkat antarabangsa, termasuk tayangan di Amerika Syarikat selepas tayangan di pawagam tempatan,” katanya.

Jika nak diikutkan, kata Nancie, dia dan Wendy sudah mula memasarkan idea serta dan sinopsis filem Sumpahan Jerunei di pasaran antarabangsa sejak 2016.

Katanya, pihaknya rasa lebih yakin untuk menghasilkan filem Sumpahan Jerunei berdasarkan maklum balas yang diterima di pasaran antarabangsa.

“Pada mulanya, kami mahu membuat dokumentari, tetapi maklum balas diterima daripada pengedar filem antarabangsa meyakinkan kami untuk menerbitkan filem berdasarkan sejarah yang benar berlaku membabitkan kaum bangsawan Melanau pada abad ke- 13.

“Selepas kali ketiga, kami memasarkan filem di luar negara dengan membawa trailer dan poster, barulah kami yakin menghasilkan filem ke layar perak.

“Bersandarkan maklum balas bagus dari pasaran luar negara, kami juga buat sesi pitching dan pembentangan filem Sumpahan Jerunei di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sarawak,” katanya.

Ditanya tayangan di Malaysia, kata Nancie, Sumpahan Jerunei akan mengadakan Tayangan Perdana dengan kehadiran barisan pelakon filem Sumpahan Jerunei di karpet merah sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 di Kuching, Sarawak pada 20 Julai ini.

“Kami bersyukur ini kali pertama filem tempatan dipilih sebagai filem pembukaan bagi AIFFA 2023.

“Filem ini akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 27 Julai ini.

“Selaku penerbit, saya dan Wendy sudah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan dan berharap penggemar filem tempatan memberi sokongan kepada naskhah ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Khai Bahar Sengau Nyanyikan Luluh?

Jadi bagaimana dengan persembahan setiap finalis Anugerah Juara Lagu 34 (AJL33) setakat ini? Ada mendakwa persembahan Khai Bahar melalui lagu Luluh sebentar tadi agak ‘sengau’ walau pun cuba melontarkan suara ‘falseto’ menarik sambil diiringi piano […]

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.

Featured Fri, 11 Aug 2023
Featured Thu, 28 Aug 2025
Events Fri, 4 Nov 2022

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta. @rusamusic Kesian @Qistina Khaled 😭 #rusamusic #rusamvm #qistinakhaled #keretakenalanggar ♬ Dramatic Music – RinkevichMusic […]

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Rakan Duet Sebenar Tarik Diri” – Bongkar Konflik Lagu ‘Yaa Hari Raya’, Ayda Jebat Bersyukur Hazama Setuju Saat Akhir

Ayda mengambil langkah berani dengan menghubungi rakan seperjuangan, penyanyi Hazama secara spontan

Hiburan Wed, 25 May 2022
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

《樱桃小丸子》漫画家樱桃子乳癌辞世 享年53岁

日本著名漫画家《樱桃小丸子》原作者樱桃子,于2018年8月15日晚上8时29分,因乳癌与世长辞,享年53歳,丧礼已举行完毕。

Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

error: Content is protected !!