Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 14, 2023 @ 3:03pm

Doa Shikin Maembong Dimakbulkan, Cat Farish Tidak Rasa Kahwin Secara Terburu-Buru – “Nak Bercinta Berapa Lama Lagi?”

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Cat Farish iaitu Shikin Maembong menyifatkan doanya di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah sebelum ini seperti dimakbulkan Allah.

Memetik laporan mStar, Shikin atau nama sebenar Siti Nur Ashikin Ismail, 40, memberitahu meskipun perkenalan dia dan suami singkat, namun perjalanan mereka untuk disatukan sebagai suami isteri dipermudahkan.

“Saya pernah berdoa dekat Makkah untuk bertemu jodoh yang baik dan dapat menerima anak perempuan saya. Apabila jumpa Cat tak sangka semuanya dipermudahkan.

“Insya-Allah kalau boleh nak berbulan madu di Tanah Suci sebab saya pasang niat nak berpimpin tangan dengan suami di depan Kaabah,” katanya.

Mengulas tentang berkahwin dalam waktu perkenalan yang singkat, Cat tidak melihat keputusan untuk mendirikan rumah tangga sebagai perkara yang terburu-buru kerana mereka berdua sudah matang.

“Bagi saya perkahwinan ini tidak tergesa-gesa memandangkan kami pun sama-sama sudah matang. Nak bercinta berapa lama lagi?

“Kami berkahwin untuk kebahagiaan anak-anak,” ujarnya.

Berkongsi mengenai cahaya mata pula, Cat dan Shikin menyerahkan perkara tersebut kepada Allah SWT namun sekiranya ada rezeki mereka ingin dikurniakan cahaya mata lelaki kembar.

“Kami serahkan rezeki anak kepada Allah, kami tidak merancang. Tapi Shikin kalau boleh nak anak kembar atau lelaki memandangkan sudah ada tiga anak perempuan.

“Kami tak minta dan tak pula menolak memandangkan kami sudah ada empat orang anak,” jelasnya.

Selain merancang mengerjakan ibadah umrah, pasangan ini bercadang untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan menunggang motosikal sebagai aktiviti bulan madu mereka.

Sekadar info, Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.

Selepas itu, Cat juga telah berkahwin dengan Suriani Hassan pada November 2020 dan mengumumkan telah bercerai pada Februari lalu namun perkahwinan ini mereka tidak dikurniakan anak.

Manakala, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Cef Riz yang juga anak kepada Chef Wan pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, Shikin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Arianna Natasya, 8.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 dan bercerai pada 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jan 2023
Featured Wed, 11 Mar 2020

Yuna dan Jlo bertemu dalam kempen ‘Originals Go Their Own Way’

Yuna satu-satunya bintang Asia yang dipilih

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

BISIK PADA LANGIT BIKIN KONTROVERSI

Tidak semua cerita melayu yang  bila sahaja kita habis menyaksikan filem tersebut, kita akan mendapat input dari cerita itu. Ada cerita Melayu yang kita pergi ke pawagam, menonton cerita itu sehingga habis tetapi, “kosong” dan ada juga yang memberi kesan sehingga kita tersedar dari lamunan.

error: Content is protected !!