Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 17, 2023 @ 10:41am

“Do Not Go Back To Your Past” – Puteri Sarah Liyana

Genap sebulan bergelar janda, pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memohon kepada orang ramai untuk mendoakannya agar dirinya bertemu yang baik suatu hari nanti.

Terdahulu, Sarah bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah bercerai dengan talak satu pada 14 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

Enggan kembali ke masa silam, Sarah berharap agar dirinya ditemukan dengan seseorang yang boleh menyayanginya bersama anak-anaknya, Syaikul dan Sumayyah seadanya.

“Doakan semoga saya juma jodoh saya cepat macam Nad Zainal, Mizz Nina. Apa-apa pun doakan saya bertemu jodoh yang baik, boleh sayang saya dengan anak-anak.

“Tapi moto hidup saya, no turning back, especially do not go back to your past,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sarah ketika membuat live di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular itu, Sarah turut menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya jodohnya juga merupakan seorang selebriti sebaliknya menyerahkan segalanya pada aturan Tuhan.

“Sarah nak lelaki dalam industri lagi ke?

“Saya taknak cakap tidak. Nanti bila saya cakap taknak tiba-tiba manalah tahu kan. Lepastu orang kata pula, hari tu kata taknak,” jelasnya.

@dinaraaa…97 Semoga BerTemu JodoH yg TerBaik Buat PSL🤲🥰#puterisarahliyana#artismalaysia#viraltiktok#fyp#fypシ゚viral ♬ bunyi asal – SingLeMama…🥀

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Langgar Tempoh Iddah, Puteri Sarah Perjelas Keluar Atas Tuntutan Kerja… Bersyukur Hubungan Anak & Syamsul Semakin Baik

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Individu Cakap Buruk Pasal Puteri Sarah, Ini Respons Tuan Badan – “Dah Bagi Pun Masih Menyalak Maksudnya Tak Tenang La…”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Mar 2026

Nas-T Kongsi Tradisi Baju Raya Sedondon Itu Wajib, Akui Aidilfitri Tak Sama Tanpa Arwah Ayah & Adik

Pelakon Nas-T berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengakui sambutan Aidilfitri sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang.

Trending Tue, 20 Oct 2020
Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Mon, 27 Mar 2023
error: Content is protected !!