Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 12, 2023 @ 7:50pm

Nafi Langgar Tempoh Iddah, Puteri Sarah Perjelas Keluar Atas Tuntutan Kerja… Bersyukur Hubungan Anak & Syamsul Semakin Baik

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menjelaskan bahawa bekas suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof mengetahui keberadaannya kerana pasangan ini masih dalam tempoh iddah. 

Ia ekoran sebelum ini nama Puteri Sarah didakwa tidak menghormati tempoh iddah apabila sering berhias dan meninggalkan kediamannya. 

Menurut aktres drama rantaian Suri Hati ini, dia melakukan perkara (langgar iddah) tersebut atas tuntuan kerja.

“Saya ada baca dan buat research pasal semua orang kata mengenai tempoh iddah ini. Apa yang saya baca, iddah ni kalau suami mati baru berkabung duduk rumah, tak boleh berhias. 

“Macam saya satu sebab atas tuntutan kerja, satu lagi iddah kalau suami tak meninggal dalam masa tiga bulan memang saya kena bagi tahu suami. 

“Jadi dia, (Syamsul), memang tahu saya shooting. Malah, saya pergi ke Jakarta pun dia tahu jadi tak ada masalah,” katanya. 

Mengulas lanjut mengenai kehidupannya selepas bercerai, ibu anak dua ini meluahkan rasa syukur apabila hubungan Syamsul bersama anaknya, Syaikhul dan Sumayyah bertambah erat. 

Menurutnya, Syamsul sering menghubungi anak-anak dan meluangkan masa bersama mereka.

“Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa dengan anak-anak.. meluangkan masa, keluar bersama. Hubungannya dengan anak-anak juga semakin baik, dan hubungan kami, pun Alhamdulillah sangat baik tiada pertelingkahan seperti sebelumnya,” katanya. 

Namun begitu, Sarah menjelaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk memberitahu statusnya bersama Syamsul kepada anak-anak dan berharap perkara tersebut akan berlaku dengan sendirinya. 

“Buat masa sekarang, anak-anak saya sedang sangat gembira. Saya nak anak-anak saya tahu naturally, mereka tak terasa sebab Syamsul selalu luangkan masa bersama. 

“Saya tidak meletakkan had seminggu berapa kali untuk berjumpa, tapi setiap aktiviti anak-anak dia akan datang dan saya juga akan maklum kepadanya.. 

“Setiap hari dia akan video call  anak-anak, itu dah cukup memadai saya sangat gembira jadi tak nak rosakkan keadaan ini,” jelasnya ketika ditemui di malam pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABPBH 35), di The Agam, semalam. 

Sekadar info, Sarah dan Syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Pasangan ini sah bercerai talak satu pada 14 jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Individu Cakap Buruk Pasal Puteri Sarah, Ini Respons Tuan Badan – “Dah Bagi Pun Masih Menyalak Maksudnya Tak Tenang La…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Yang Tanggung Segala Derita” – Puji Menantu, Patimah Dedah Puteri Sarah Besar Hati Maafkan Individu Yang ‘Zalim’ Kepada Diri & Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Luah Kecewa Kes Saman Ira Kazar Selesai, Ini Jawapan Padu Puteri Sarah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Aku Dah Tak Kuat” – Amyza Aznan Menjerit, Menangis Seorang Diri Dalam Kereta

Dia mengakui dirinya tidak sekuat yang disangka oleh ramai pihak apatah lagi selepas berdepan ujian berat melibatkan dua anaknya dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Featured Fri, 13 Jan 2023

Hadir Dengan ‘Hukum’, Hariz Danial Mula Bina Nama Dalam Industri Muzik

Juara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim ke-3, Hariz Danial tampil dengan single pertamanya berjudul Hukum hasil garapan komposer terkenal, Sirkhan Danial bersama Ibnu Rinkarnaen. Menurut Hariz, dia sangat bersyukur diberi peluang untuk mengeluarkan […]

Events Wed, 17 Apr 2019

Westlife The Twenty Tour 2019 LIVE in Kuala Lumpur Sold Out in 32 Hours

Did you manage to get the tickets to see the dashing Irishmen?

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas…” – Bob Lokman Akui Keadaan Jantung Makin Kritikal

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui keadaan jantungnya kini berada ditahap yang kritikal dan hanya mengharapkan pada penggunaan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Menurut Bob Lokman atau […]

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

陶晶莹素颜照让网友看傻了!

最近有网友滑手机时,看到一张单眼皮正妹照讨拍文,想放大细看,惊觉原来照片中的,是陶晶莹本人!陶子这张照片在脸书PO出后,因小女人样十足,即使素颜看上去也如高中生般清纯可爱,和平日女强人形象落差太大,让众人看傻了眼。

Hiburan Fri, 12 Aug 2022

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Wahhh! Kalau memang berjodoh apa salahnya kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

error: Content is protected !!