Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 17, 2023 @ 4:16pm

Kerap Tampil Dalam Filem Ketenteraan, Jasmine Suraya Akui Jadi Bomba Lebih Susah

Pelakon Jasmine Suraya tampil mendedahkan bahawa latihan ketenteraan yang melibatkan badan anggota Bomba dan Penyelamat lebih sukar berbanding anggota tentera yang lain.

Umum mengetahui, Jasmin kerap terlibat dengan filem yang melibatkan anggota unit beruniform sepanjang dirinya bergelar anak seni.

Menurut Jasmine, dia tidak sangka bahawa latihan ketenteraan yang melibatkan anggota bomba lebih sukar daripada apa yang dilihatnya selama ini.

“Lepas saya join latihan bomba ni, baru saya tahu sebenarnya lagi sukar dari askar sebab askar mencabar dari segi fizikal. Tapi bomba melibatkan berat, panas dan fizikal.

“Bomba kena pakai baju yang tahan panas setinggi 800 darjah celcius dan berat sebab kena angkut pelbagai peralatan ketika kebakaran.

“Bayangkan kena angkut barang-barang sambil berlari ke tempat kebakaran, kalau kena naik tingkat 30 sampai sanalah kena angkut semua tu. Jadi saya rasa bomba lagi susah dari polis,” katanya.

Mengakui menyesal untuk terlibat dalam latihan fizikal anggota bomba, Jasmin bagaimana pun berpuas hati kerana berjaya mengharungi segala cabaran dengan baik.

Malah, dia turut berasa gembira kerana mempunyai bentuk badan yang ideal selepas tamat latihan.

“Mula-mula saya menyesal sebab saya terfikir kalau kemalangan berlaku, kulit kita terbakar ke jatuh kat tempat tinggi ke dan tak boleh jalan. Saya takut sangat. Orang mampu minta maaf dan beri pampasan bila kemalangan berlaku.

“Tapi bila dah join saya rasa sebagai pengajaran untuk saya, saya rasa lebih yakin yang saya boleh buat semua benda yang susah tu.

“Dia bagi saya rutin yang sangat bagus untuk jaga badan dan sebagainya. Lepas dapat bentuk badan yang cantik ni, saya kena terus jaga sebab rasa diri kita seksi sikitlah,” jelasnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Jasmin ketika ditemui di sidang media sebuah program realiti stesen televisyen berbayar, baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

Pelakon Harry Potter Bakal Reunion Dalam Tayangan Istimewa Ulang Tahun Ke-20 Harry Potter: Return To Hogwarts

Tayangan khas filem Harry Potter iaitu Return To Hogwarts bersempena dengan ulang tahun ke-20 filem itu telah diumumkan secara rasmi pada Rabu. Tayangan istimewa ini merupakan perjumpaan semula karakter-karakter di dalam filem itu yang akan […]

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Wajah Uqasha Senrose Nampak Letih, Badan Kurus Buat Netizen Risau

Wajah seakan ‘lesu’ dan bentuk fizikal pelakon, Uqasha Senrose dalam sebuah video TkTok raih tumpuan

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Trending Fri, 26 Mar 2021
Hiburan Mon, 11 Aug 2025
error: Content is protected !!