Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 20, 2023 @ 12:24pm

Teruja Beraksi Bersama Kumpulan Rock Lagenda, Naimi Terharu Dipuji Amy Search

Pemain dram Naimi Daini meluahkan rasa terujanya selepas beraksi bersama kumpulan rock lagenda, Search ketika membuat persembahan di konsert NusaFest buat pertama kali, baru-baru ini.

Menurut Naimi, dia tidak sangka persembahan pertamanya itu menerima respons yang positif dan berjaya meraih perhatian dalam kalangan peminat kumpulan itu

Malah, dia turut meluahkan rasa terharu apabila vokalis utama, Datuk Amy memuji kehandalannya bermain alat muzik tersebut.

“Alhamdulillah ramai yang beri maklum balas positif walaupun saya sekadar pemain dram undangan dengan Search.

“Memang gembira dapat bermain dram dengan untuk Search selain terharu kerana uncle Amy memuji dan melihat saya mempunyai persamaan dengan pemain dram terdahulu iaitu Allahyarham Yazit,” katanya.

Umum mengetahui, pemain dram Search, Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia pada 26 September 2019 sekali gus menjadikan kehadiran Naimi untuk mengisi kekosongan posisi tersebut.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Naimi ketika ditemui di majlis sidang Konsert Hausboom Music 2023, Selasa lalu.

Dalam pada itu, Naimi turut menyatakan pada awalnya bakatnya mula disedari oleh gitaris kumpulan itu, Hillary Ang selepas menonton videonya bermain dram di YouTube.

“Hillary menonton video saya dalam YouTube dan terus mencari serta menghubungi saya untuk bertanya sama ada berminat bermain dram bersama Search.

“Apabila sudah bersetuju, saya diberikan dua lagu Search iaitu Dairi Habil & Qabil dan Pelesit Kota untuk dipelajari sebagai uji bakat.

“Saya tak pernah pun dengar lagu-lagu Search sebelum itu, tapi saya memang minat bermain dram. Syukur Search menyukai dan memberi respons positif,” jelasnya.

Lebih menarik lagi, pemain dram yang baru berusia 17 tahun itu turut berkongsi rutin hariannya sebelum menyertai sesi latihan bersama Search selepas pulang dari sekolah.

Tambah Naimi, dia tetap mengutamakan pelajarannya dan akan menyambung pengajian dalam bidang muzik selepas tamat persekolahan.

“Selepas pulang dari sekolah, saya akan berehat dalam satu jam sebelum buat sesi latihan Search kemudian pulang ke rumah dan siapkan kerja sekolah.

“Insya-Allah saya akan sambung pengajian dalam jurusan muzik dan jadikan bidang itu sebagai kerjaya kelak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Naimi juga bakal beraksi sekali lagi bersama kumpulan rock terkenal itu di Konsert Hausboom Music 2023 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 9 dan 10 September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Makin Senior, Makin Berbisa! Rosyam Nor, Erra Fazira Syukur Rezeki Melimpah

Dalam usia karier yang semakin matang, Rosyam Nor & Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana permintaan terhadap mereka masih kuat.

Events Tue, 15 Oct 2019

IMAGINATRICKS; A Thrilling Spectacular Stunt Show Only at Resort’s World Genting

The adrenaline pumping variety show, awe-worthy when the show comes alive.

Trending Mon, 15 Jul 2019

An Indonesian EXO-L got Surprised by EXO?

This is just beyond sweet! How lucky!

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Syazwan Zulkifly Dah Berubah…

Alhamdulillah, untuk masa depan Syaz

Featured Wed, 29 Mar 2023
Trending Wed, 25 Mar 2020

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini, […]

Hiburan Wed, 28 May 2025

[VIDEO] Selera Dah Berubah, Leona Kini Jatuh Hati Pada Jejaka Sepanyol

Leona nak berhenti ambil kelas Mandarin, mahu belajar bahasa Sepanyol

error: Content is protected !!