Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 22, 2019 @ 5:00pm

Syazwan Zulkifly Dah Berubah…

Pelakon Syazwan Zulkifly, mengakui sudah mampu menarik nafas lega apabila namanya tidak lagi dikaitkan dengan isu negatif apabila peluang demi peluang kembali bertandang.

Syazwan, 32, tidak menafikan raut wajahnya yang ganas dan garang, selain sering membawakan watak antagonis menjadi antara faktor dirinya dikaitkan sebagai pelakon bermasalah.

“Ada yang berkata, susah bekerja dengan saya sedangkan saya tidak pernah menimbulkan masalah. Saya dikatakan panas baran, tetapi sepanjang bekerja, belum pernah berlaku perkara yang membuat penggambaran terganggu.

“Memang dahulu saya pernah ada masalah sedikit dengan bekas kekasih yang juga seorang pengacara, tetapi itu perkara peribadi dan hanya kami yang tahu apa sebenarnya berlaku. Insiden itu juga dikatakan punca saya digam stesen televisyen, namun saya tidak pernah bertanya mengenainya,” katanya.

Syazwan berkata, ketika bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad dalam filem Juvana, pernah tercetus gosip mereka bergaduh, sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Saya hormat Sharnaaz, sama seperti saya menghormati pelakon senior lain. Saya tidak tahu dari mana cerita ini timbul? Jika benar, apa bukti saya suka buat masalah?,” katanya.

Syazwan bagaimanapun, bersyukur namanya perlahan-lahan kembali diterima selepas menjayakan drama Pujaan Hati Kanda. Katanya, 2019 juga menyaksikan karier lakonannya kembali kukuh, berbanding tahun terdahulu.

“Biarpun tidak terlalu sibuk, saya bersyukur masih mendapat tawaran. Sepanjang tahun ini, saya baru habiskan dua drama, namun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya akur dengan rezeki dan tetap positif membina semula kerjaya. Turun dan naik dalam industri itu lumrah, tetapi saya tidak boleh berputus asa.

“Saya hanya bersandar kepada rekod kerjaya sebelum ini. Jika rupa atau jumlah pengikut di laman sosial yang menjadi keutamaan, saya mungkin ketinggalan. Namun, untuk berjaya dan mendapat jumlah pengikut yang berkualiti, karya juga memainkan peranan penting,” katanya.

Terbaru, Syazwan bakal muncul dengan filem Wangi yang akan ditayangkan bermula 5 September depan, di samping Erra Fazira dan Nabila Huda.

Meskipun hanya membawa watak kecil, Syazwan berbangga dapat bekerjasama dengan nama besar dan berpengalaman.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Thu, 23 May 2019

Agih Sumbangan, Izzmad Harun, Aiman Tino Anjur Projek Sahur

Semoga Allah limpahkan lebih banyak rezeki kepada Izzmad, Aiman dan Fara selepas ini. Amin…

Featured Sat, 6 Sep 2025

Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

video yang dikongsikan @sampin.exclusive memperlihatkan Mickey segak memakai baju Melayu berona putih.

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Bagi Saya Azira Shafinaz Wanita Melayu Paling Cantik” – Aedy Ashraf

Aedy Asharf berkongsi pandangan peribadi mengatakan kecantikan seseorang tidak dinilai daripada paras rupa

Featured Wed, 4 Feb 2026

Netizen Buli Fazura! Dakwa ‘Anak Berdukung Tak Habis-Habis’, Empunya Badan Bersuara – “Zalim Kan? Lepastu Buat-Buat Tak Pernah Cakap”

Sedar dengan hantaran tersebut, Fazura tampil membalas kenyataan berkenaan yang disifatkannya sebagai zalim.

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Sat, 27 Oct 2018

与圈外女友交往1年 李吉汉韩国求婚成功

「全民偶像」Daniel李吉汉在韩国向交往1年的圈外女友求婚成功!

error: Content is protected !!