Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2025 @ 12:05pm

Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

Desas desus mengenai cinta baharu pelakon jelita, Nora Danish masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Selepas memuat naik hantaran kapsyen ‘A New Chapter, Bismillah” dan foto individu lelaki berkopiah putih, rata-rata netizen tampil berani ‘menyiasat’ latar belakang jejaka yang didakwa sebagai duda anak dua bernama Mickey Ayo.

Terbaru, menerusi perkongsian tular di media sosial, Mickey sekali lagi menyorot perhatian apabila kelihatan lengkap berbaju Melayu berona putih seakan-akan memberi gambaran bakal melangsungkan perkahwinan.

Malah, dalam hantaran berkenaan, disertakan juga kad yang tertulis dengan pangkal huruf M dan N beserta tarikh 8 September 2025.

“Bukan kisah pertama. Bukan juga yang kedua… Tapi aku harap, kali ini jadi yang terakhir,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Menerusi muat naik berlainan pula, terdapat beberapa video yang dikongsikan jenama @sampin.exclusive memperlihatkan jejaka itu meluahkan perasaan bahawa walaupun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun, cinta itu masih wujud baginya.

“Dua kali aku cuba, dua kali juga aku jatuh. Tapi aku percaya cinta itu pasti wujud,” katanya.

Meskipun pasangan ini masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka, namun ramai peminat yang sudah tidak sabar mendengar berita baik daripada kedua-duanya.

Dalam masa yang sama, ada juga beranggapan ini hanya sekadar gimik pemasaran jenama sampin tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Beli Tag Okay, Nak Tengok” – Gara-Gara Penangan Nora Danish, Kopiah Putih Sold Out!

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tinjau Media Sosial Milik Jejaka Misteri, Cincin Tasbih & Hoodie Didakwa Kepunyaan Nora Danish?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Aug 2019

Win a Cash Prize of RM1,000 with #KitaPunyaMalaysia Photography Contest in the Spirit of the 62nd Merdeka

We make Malaysia beautiful! There’s no ‘glorious’ without ‘us’!

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Tahniah! Muaz Teruja Bakal Dapat Anak Kedua

Penyampai radio Kool FM, Muaz mengaku teruja kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi. Muaz atau nama sebenarnya Muazanazzudin Mohamed memaklumkan isterinya, Ediana Aziz bakal melahirkan sekitar Mac 2019. “ Sudah tentu […]

Events Mon, 9 Mar 2020
Trending Wed, 11 Jul 2018

Jho Low Tidak Lagi Di Macau

PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai

Trending Wed, 6 Nov 2019

A Food Delivery Company’s Waste Was Found Dumped In Gombak and It Is Truly Shocking!

We’ve stopped using straws to save the turtles but who’s gonna save our jungle?

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Giliran Anak Ketiga Kris Dayanti Pula Jadi Penyanyi…

Soundtrack berjudul ‘Sahabat Tersayang’ ini bakal membuatkan pendengar jatuh cinta dengan suara puteri kesayangan diva nombor satu Indonesia ini.

error: Content is protected !!