Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 10:14am

Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

Pelakon jelita Nora Danish mengejutkan ramai pihak apabila didakwa telah menemui cinta baharunya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nora kelihatan memuat naik hantaran beserta kapsyen ‘Augustus’ disertakan dengan beberapa foto termasuklah foto jejaka berkopiah putih yang didakwa kekasih barunya.

Manakala, menerusi foto berlainan pula, pelakon drama popular Puteri itu berkongsi hantaran yang tertera tulisan ‘A new chapter, Bismillah’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Enggan berdiam diri, rata-rata peminat bertindak ‘menyiasat’ siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hati Nora.

Menerusi beberapa komen balas yang ditinggalkan, peminat mendakwa lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mickey Ayo merupakan seorang perunding kewangan yang juga berstatus duda anak dua.

Lebih menguatkan spekulasi, Mickey kini kelihatan sedang berada di Tanah Suci Makkah seperti foto yang dikongsikan Nora menerusi Instagram Story miliknya sebelum ini.

Dan, kedua-duanya juga saling mengikuti di akaun Instagram masing-masing.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, namun pasnagan itu kemudian mengambil keputusan untuk bercerai pada 19 Jun 2024.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006.

Namun, mereka sah berpisah pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan, Nora dan Jejai dikurniakan seorang anak iaitu Putra Rayqal yang kini berusia 17 tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 9 May 2022
Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Sabarlah wahai abang Ijat.. semoga selepas ni rezeki makin mencurah-curah hendaknya.

Featured Tue, 14 Dec 2021

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya. Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak. Walaupun sebelum […]

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

Featured Fri, 17 Feb 2023
Featured Mon, 25 Apr 2022
Trending Thu, 8 Nov 2018

Lagi Insiden Lion Air Terhempas, Tiada Kemalangan Jiwa

Lagi insiden Lion Jet Air terhempas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Belum cukup lagi 2minggu, insiden baru telah berlaku

Hiburan Sat, 11 Sep 2021

Noki & MK Bergabung Dalam Payung Pelangi

Dua nama besar ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana kredibiliti mereka sebagai penghibur lebih lagi sebagai penyanyi rap sudah diketahui umum. Noki dan juga MK merupakan ahli kumpulan K-Clique yang mempunyai pengaruh besar di dalam […]

error: Content is protected !!