Euforia Bola 2026
Anugerah By: Maya Basir July 23, 2023 @ 4:55pm

ABPBH 35: Anna Jobling, Meerqeen Terima Tuah Menerusi Drama Melur Untuk Firdaus… Ada Peminat Sanggup Terbang Dari Indonesia!

Drama Melur Untuk Firdaus berjaya menaikkan nama pelakon Anna Jobling dan Meerqeen sehingga berjaya merangkul empat kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) pada Jumaat.

Anna memenangi tiga kategori pada malam itu iaitu BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular menyatakan rasa syukur buat pertama kali dicalonkan dan menang.

“Saya tak sangka pun saya akan menang, tercalon pun saya dah rasa cukup bersyukur sebab ini pertama kali saya dicalonkan di ABPBH.

“Yang paling saya tak sangka adalah kategori BBNU kerana yang tercalon semuanya hebat-hebat,” ujarnya.

Pada masa sama, Anna sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sanggup datang dari Indonesia semata-mata untuk memberi sokongan.

“Saya baru dapat tahu ada peminat sanggup datang dari Indonesia, saya rasa sangat berbesar hati dan bersyukur kerana mereka sanggup terbang dari sana untuk saya,” katanya.

Sementara itu, Meerqeen berjaya merangkul dua kategori iaitu Aktor TV Lelaki Popular serta Couple TV Popular bersama Anna.

Menurutnya, kejayaan tersebut merupakan penghargaan daripada peminat selepas empat tahun bergelar anak seni.

“Saya memang tak expect sebenarnya sebab ini tahun keempat saya dalam industri dan bertanding pula dengan pelakon-pelakon hebat yang dah establish dekat Malaysia.

“To be part of artis yang tercalon dalam kategori itu pun sudah membuatkan saya rasa cukup bersyukur, top five pun dah cukup.

“Bila saya terima trofi ini, ia satu bonus bukan untuk diri saya tetapi untuk peminat-peminat,” ujar Meerqeen.

Selain itu, Meerqeen juga bersyukur namanya sudah makin dikenali menerusi fenomena drama Melur Untuk Firdaus.

“Alhamdulillah, disebabkan drama Melur Untuk Firdaus karya saya mula diterima,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Mar 2023

“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

take ur time Intan! Mogayang baik-baik saja.

Featured Fri, 28 Oct 2022

[VIDEO] “LMK Dah Jadi Bilal, Boleh Tengok…” – Neelofa Berseloroh, Netizen Terubat Rindu Dengar Gelak Tawa Ameera Khan

Sorang gelak, habis semua gelak sekali haha! Min terhibur tengok Neelofa sakat Ameera Khan 🤣 Manis penampilan baru Ameera bertudung labuh ☺️☺️

Hiburan Sat, 13 Jul 2019
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Featured Sat, 23 Aug 2025
Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Bakal Jadi Isteri, Zahirah Macwilson Imbas Zaman Persekolahan…

Untungnya Aiman..wajah kekasih tak dimamah usia!

Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

error: Content is protected !!