Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 4, 2018 @ 4:34am

Ejen FBI Asyik Menari Tertembak Pengunjung Kelab Malam

Alamak, mungkin beliau tak sengaja. Ini berikutan kejadian seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang tidak bertugas secara tidak sengaja menembak seorang lelaki ketika melakukan aksi melompat ke belakang di sebuah kelab malam Colorado.

Video diperoleh stesen televisyen tempatan menunjukkan ejen lelaki tinggi lampai itu, dengan kumpulan pengunjung di sebelahnya menari penuh bersemangat sebelum melakukan aksi lompat ke belakang.

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Mangsa tembakan kini dirawat dengan kecederaan tidak mengancam nyawa, kata stesen televisyen tempatan sekutu ABC.

Ejen itu dibawa ke ibu pejabat polis dan kemudian dilepaskan kepada pengawal selia FBI. -AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Trending Mon, 15 Jun 2020

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Sedikit info dan berita baik buat mereka yang hilang kerja ketika PKP..

Featured Wed, 30 Apr 2025

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi Dalam Bru! Drama Komedi Baharu Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton

Shukri Yahaya, kembali menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru

Trending Thu, 30 Jan 2020
error: Content is protected !!