Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 26, 2023 @ 4:10pm

Dedah Proses IVF Gagal… Tidak Putus Asa, Aprena Manrose Serah Soal Zuriat Pada Rezeki

Pelakon Aprena Manrose tampil mendedahkan dirinya telah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), pada hujung tahun lalu selepas tujuh tahun berkahwin.

Memetik laporan Gempak, pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, memaklumkan proses IVF itu tidak berjaya dan masih mahu mencuba lagi.

“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF pada hujung tahun lalu. Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down juga la.

“Tapi baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la sekali pernah buat, saya berehat kejap untuk kerja balik.

“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya akan buat semula,” katanya.

@astrogempakInsyaAllah ada rezeki untuk Aprena & suami…

♬ original sound – Gempak

Dalam perkongsian lain, Aprena juga sempat mengulas tentang komen individu yang mempersoalkan tentang zuriat terhadap sepupunya, Uqasha Senrose, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gara-Gara Belum Rezeki Timang Anak, Uqasha Senrose Terasa Ada Individu Kaitkan Adik Beradik

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Terkesan Dituduh Mandul, Ini Respons Uqasha Senrose – “Agak Melampau Mereka Komen Begitu!”

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Kecewa Disindir Individu Gara-Gara Belum Ada Zuriat

Memetik laporan yang dimuat naik oleh Majalah Wanita, Aprena berharap agar Uqasha dapat bersabar dan kuat serta percaya akan rezeki yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta.

“Sekarang ni mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. Sebabkan mereka kita yang terkesan. Bagi saya, saya yang tujuh tahun berkahwin , Uqasha masih baru.

“Saya yang dah tujuh tahun ni pun masih boleh bersabar dan tahan dengan mulut orang. Jadi, bagi Uqasha dia pun kena kuat macam saya juga.

“Sebab semua ni rezeki, kalau Allah nak bagi, dia bagi. Kalau dia tak bagi tu mungkin belum masa yang tepat.

@majalahwanita Min suka Aprena, sentiasa positif walau orang kata macam2 soal zuriat #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #aprenamanrose #zuriat #uqashasenrose ♬ original sound – Majalah Wanita

Untuk info, Aprena dan Mohd Afiq Hazman telah mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016.

Sumber: Gempak & Majalah Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Syasya Rizal Buka Mulut Isu Dituduh Makan Daging B*bi

Syasya Rizal perjelas makanan dalam mulutnya tidak haram

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Bukan Sombong Tapi…

Hurm…apa kes ni?

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Mon, 25 Sep 2023

Buah Tangan Baru Syafiq Abdilah, Suara Hidup Diinspirasikan Oleh OST K-Drama

Wahh sedapnya suara Syafiq Abdilah.. Korang kena dengar lagu Suara Hidup memang best!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

TONTON TAMPIL LEBIH FRESH DENGAN XTRA!

Kali ini tonton tampil dengan xtra cerita-cerita menarik yang lebih bervariasi dan tampil dengan saluran rancangan berdefinisi tinggi yang mampu membawa anda menerokai dunia xtra tonton sebenar.

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Konsert Memang WOW, Mariah Carey Masih Belum Hilang ‘Sengat’

Sebanyak 17 buah lagu dinyanyikan tanpa sebarang gangguan vokal mahupun teknikal. Memang power!

error: Content is protected !!