Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 27, 2023 @ 8:34pm

Azhan Rani Sesuaikan Diri Jaga Ibu Sedang Sakit, Sempat Titip Pesan: “Kena Buang Rasa Malu, Kotor Atau Geli”

Pelakon Azhan Rani memaklumkan keadaan terkini ibunya yang masih dirawat di hospital selepas dilaporkan pengsan tiga kali di rumah.

Menurut Azhan, dia berkongsi bahawa dia perlu menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun dan masih menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut serta berharap ibunya kembali pulih.

“Saya mengharapkan dia kembali seperti dahulu tapi memang susah dengan keadaan dan umur terkini dia yang tak segagah dahulu.

“Sekarang ibu saya dah tak boleh berdiri, bangun dan jalan seperti dulu. Kena diuruskan semuanya, pakai lampin dan sebagainya.

“Kena lebihkan masa pada dia tapi dalam masa sama saya perlu bekerja juga untuk sara kehidupan. Jadi saya dalam proses untuk menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui XTRA, baru-baru ini.

Berkongsi lebih, Azhan memaklumkan pelbagai jangkitan boleh terjadi kerana ibunya kini hanya baring sahaja dan sedang menjalani rawatan fisioterapi dan pemulihan.

“Ibu saya mengalami darah rendah, kencing manis tapi semuanya terkawal. Tempoh hari dia jatuh tiga kali di rumah dan sebelum ini juga pernah jatuh. Selera makan dan berat badan juga dah kurang.

“Lagi dia ada jangkitan di paru-paru, hati dan hempedu. Sekarang ini dia hanya baring sahaja dan potensi untuk berjangkit dengan macam-macam lagi penyakit itu tinggi.

“Sekarang ini dia hanya rehab untuk terima keadaan sekarang dan fisioterapi sahaja,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama fenomena Nur itu mengakui emosinya bercampur baur malah sudah boleh menerima keadaan tersebut.

“Kami adik-beradik bergilir untuk jaga ibu, saya ambil keputusan untuk bermalam sahaja sebab saya tak berkeluarga jadi saya ada ruang dan masa yang lebih.

“Emosi bercampur baur itu memang sentiasa ada, antara watak dan diri sendiri ia dua emosi yang berbeza. Sampai hari ini saya dah boleh terima keadaan ini. Kadang-kadang saya jaga ibu saya pun rasa macam berlakon.

“Tapi saya selalu pesan pada diri saya yang ini bukan berlakon,” kongsinya.

Azhan turut menitipkan pesan buat semua agar buang rasa malu untuk menjaga ibu yang sedang uzur.

“Nak uruskan ibu yang sudah tua dan sakit sememangnya bukan mudah. Apatah lagi bila anak-anak lelaki nak menjaga orang perempuan.

“Kena buang rasa malu, kotor atau geli nak bersihkan najis. Anak-anak di luar sana, kalau kita rasa itu susah, itulah yang ibu kita hadap dahulu,” titipnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Album Dah Siap Tapi…

Tambahan pula, saya mencipta kebanyakan lagu dalam album itu, jadi kadang-kadang ada perubahan yang dibuat pada saat akhir.

Hiburan Mon, 20 May 2019

‘Manusia Lebih Binatang Dari Binatang’- Ernie Zakri Berang Dengan Tindakan Penembak Monyet

Ayuh netizen lakukan kerja anda sekarang, kita cari sampai dapat!

Featured Tue, 21 Apr 2026

Janna Nick Perjelas Sangkal Tuduhan Buat Akaun Palsu – “Tak Gigih Aku! Kau Orang Ni Senang Percaya Fitnah Dunia”

Janna Nick menegaskan dia tidak membuka sebarang akaun Threads palsu semata-mata hendak menyaman sebuah syarikat penerbangan seperti didakwa.

Trending Tue, 11 May 2021

Nak Duit Raya? Jom Menabung…. PTPTN Tawarkan Duit Raya RM200,000 Buat 500 Pemenang!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021. Kempen ini layak untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi. Pengerusi PTPTN […]

Featured Sat, 26 Mar 2022
Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

Hiburan Thu, 12 Mar 2026

A Aida Kongsi Detik Tiada Harapan Di ICU, Soalan Anak Buat Hati ‘Tersentap’ Hingga Nekad Bertudung

A Aida menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT sebagai satu keajaiban

Featured Mon, 28 Apr 2025

Sebak! Amyra Rosli Doa Misi Kayuhan Ke Makkah Amar Baharin Dipermudahkan -“Berat Hati Melepaskan, Namun Perjalananmu Menuju Cinta Ilahi’

Amyra mengaku dia bukanlah seorang isteri yang cekal dan emosinya sedikit terganggu saat melepaskan suaminya.

Featured Fri, 5 Aug 2022
error: Content is protected !!