Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 20, 2019 @ 3:07pm

‘Manusia Lebih Binatang Dari Binatang’- Ernie Zakri Berang Dengan Tindakan Penembak Monyet

‘ Betul, manusia sememangnya lebih binatang dari binatang,” demikian luahan rasa penyanyi Ernie Zakri yang berang dengan tindakan seorang lelaki yang tergamak menembak monyet, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, lelaki berkenaan turut merakam perbuatan itu dan video itu telah tular di media sosial.

“ Ernie tak faham bagaimana lelaki ini boleh dapat lesen senjata api dan menyalahguna senjata tersebut. Tolonglah!

“ Kenapa? Kenapa awak buat begitu? Video ini sesuatu yang menyedihkan untuk ditonton,” katanya geram. 

Dalam masa sama, pelantun Ku Bersuara ini memohon agar netizen menggunakan kuasa untuk bersuara agar lelaki ini diheret ke muka pengadilan.

“ Tolong sebarkan mesej ini semua. Terima kasih,” pinta Ernie.

Terdahulu, menerusi satu rakaman video, seorang lelaki bertindak menembak seekor monyet kerana monyet berkenaan enggan cakap ‘baby sayang’. 

Perkataan ‘baby sayang’ yang menjadi viral selepas pelakon Mira Filzah menerima soalan daripada pengikut di Instagram yang bertanyakan sama ada dia lebih selesa dipanggil baby atau sayang. Perkataan dan sedutan rakaman tersebut seterusnya viral dan menjadi trending.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Dec 2025
Fab Foodies! Thu, 11 Apr 2019

You MUST Go to Iketeru for Their All-You-Can-Eat Sushi Promotion

Psst… kids below 6-years-old eat for FREE!

Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Featured Thu, 14 Apr 2022

#JusticeForBella: Saksi Ke-5 Dedah Bella Didera Setiap Malam Pada Setiap Hari Selama 4 Bulan

Allahuakbar, kesian Bella.. Cepatlah selesai isu ni #JusticeForBella

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Sun, 27 Aug 2023
Figura Mon, 8 Jan 2024

Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Filem Man On The Run ditayangkan di Netflix sejak Oktober lalu

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Elizabeth Tan Masih Berjumpa Pakar Psikiatri & Makan Ubat, Rancang Kembali Menyanyi Tahun Depan

Kesihatan perlu diutamakan okay! Semoga urusan Lizzy dipermudahkan

error: Content is protected !!