Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 31, 2023 @ 11:24am

“Kau Ingat Aku Dah Tak Ada Agama Sangat Ke?” –  Shakilla Khoriri Perjelas Tuduhan Fitnah, Nafi Mandrem & Kikis Duit Suami Orang

Pelakon Shakilla Khoriri akhirnya tampil menjawab dakwaan kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta bersama seorang individu lelaki bergelar suami orang.

Paling teruk, Shakilla juga dituduh melakukan perbuatan khurafat terhadap individu terbabit sehingga ‘tunduk’ kepadanya selain dituduh melakukan perbuatan zina.

 “Hidup aku, nyawa aku, ini yang paling mahal (anak). Dengan nama anak aku, aku tak ada ‘mandrem’ (sihir) orang.

“Siapa yang cakap aku ‘mandrem’ suami orang, aku takkan maafkan orang itu sampai aku mati. Kecuali, engkau datang jumpa aku, engkau minta maaf pada mak bapak aku.

“Aku memang pun tak pernah sampai nak buat benda-benda salah (sihir) disisi Allah. Engkau ingat aku ini apa, dah tak ada agama sangat ke? Aku ada agama. Berdamailah dengan takdir,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi TV3.

shakilla khoriri melodi

Ketika ditanya sama ada dia menjadi punca perceraian individu terbabit bersama isterinya, aktres ini menafikan tuduhan tersebut.

“Dia menceraikan isterinya, sebelum ini atas kerelaan dia sendiri. Dan keputusan itu dibuat pihak sebelah sana (isteri) tahu.

“Bawa isteri dia, bawa lelaki tu datang jumpa aku.Kau ingat aku ni apa? Dajjal ke apa yang kau ingat aku jahat sangat?

“Benda itu keputusan mereka. Kalau tak nak cerai tak payah teruskan hubungan ni. Aku yang kata tak apa pergi ‘repair’ then, lelaki itu pergi balik lah kat perempuan itu.

“Kami memang pernah rapat ketika dia sudah pun bercerai. Tapi, apabila mereka buat keputusan untuk bersama semula (rujuk), saya dan lelaki itu terus tidak berhubung lagi.

“Sehinggalah kami terbabit dengan urusan kerja semula bersama rakan-rakan yang lain. Hubungan itu atas urusan kerja saja,” jelasnya.

Shakilla khoriri dan suami orang

 

Mengulas lanjut, Shakilla mengaku foto mesra miliknya bersama lelaki yang tular di media sosial sebelum ini adalah khilafnya sendiri.

“Gambar itu pada bulan Ogos dan September dan memang sah dia bukan suami orang. 

“Dan isu pasal gambar bermesra tu saya minta maaf yang itu memang khilaf saya. Perkara itu tidak seharusnya berlaku dan tak pelru dijadikan contoh pun.

“Apa yang saya tak boleh maafkan adalah anda mencuri gambar itu kerana gambar itu hanya saya dan lelaki itu sahaja yang ada. Tak tahu macam mana cara awak boleh ambil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shakilla juga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan berita palsu termasuk menghantar email berupa foto mesranya sebelum ini.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Jun 2026

“Patutnya Salahkan Negara Yang Buang Kau Tu S*al” – Kamal Adli Berang Kenyataan Aktivis Rohingya 

Kamal Adli berang selepas sepotong video pendek tular di media sosial apabila seorang aktivis Rohingya yang dikenali sebagai, Noor Azizah tular.

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Events Sun, 17 Mar 2019

王力宏相约歌迷唱到2060年!赞大马歌迷最厉害

阔别大马3年多的王力宏依然嘴甜,他说:“我出道20几年,环绕世界不知多少圈,但你们(大马歌迷)最厉害,我真的好想念你们。”

Trending Tue, 30 Jun 2020
error: Content is protected !!