Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 1, 2023 @ 5:11pm

[VIDEO] Jejak Kasih! Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Jumpa Anak Angkat, Oddah Anak Sharifah Shahirah

Penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahira berkongsi sebuah video di TikTok memaparkan momen penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bertemu anak angkatnya, Audrra.

Audrra atau lebih mesra disapa Oddah merupakan anak angkat kepada Siti Nurhaliza ketika umur anak kecil itu berusia dua tahun.

Imbas kembali, ketika majlis cukur jambul Oddah anak pasangan Shiera dan Ijoy satu ketika dahulu, Siti Nurhaliza meluahkan hasratnya mahu menjadi ibu angkat kepada Oddah.

Sheira dan Ijoy bersetuju dan Oddah berada di bawah jagaan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid buat sementara waktu.

@ichiw0n

Replying to @userlo9x8e3fd7 #tv3malaysia #ohmummy #seindahkasih #ramadhan2023 #puasa #viralmalaysia🇲🇾

♬ original sound – ichiw0n – ichiw0n

Menerusi video tersebut, Oddah seakan gelisah dan tidak senang duduk apabila mahu berjumpa ibu angkatnya itu, Siti Nurhaliza.

“Nak jumpa Mummy Siti patutnya pakai tudung. Duduk diam. Mummy pun entah tengok Oddah menyesal kata dah besar kenapa jadi macam ni?

“Mummy Siti pun buat tak peduli pun kamu,” kata Shiera sambil membebel mengenai pakaian anaknya itu.

“Takut lah,” kata Oddah.

Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika bertemu Oddah berkata lama tidak berjumpa anak angkatnya itu.

“Hai Oddah, Masya-Allah, anak angkat lama tak jumpa. Tak baikkan mak angkat macam ni.

“Selalu tengok dia pakai kartun-kartun Anime,” katanya.

@ichiw0n Odah disatukan dengan mak angkatnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza @toktitiktok selepas 14 tahun. @shieraijoy #fyp #viralvideomalaysia #trendingmalaysia #bellngasri #abpbh35 #malampagi ♬ original sound – ichiw0n

Menerusi hantaran di Instagram, Shiera meluahkan rasa teruja apabila anaknya itu bertemu dengan Siti Nurhaliza.

“Yeay, dah 14 tahun dah Oddah cepat masa berjalan lagi 10 tahun panjang umur 24 pula. Dapat jumpa Mummy Siti,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Oddah yang dikatakan bersahaja (sempoi).

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 354,000 tontonan, 13,000 tanda suka dan lebih 70 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Sat, 27 Jul 2024
Trending Mon, 27 Aug 2018

「5大厨房实用小物」不用再烦水煮蛋怎么捞

可别以为马来西亚有大创(Daiso),到韩国旅游时就不值得一看,其实里面还是有很多实用小物可以挖宝!

Trending Thu, 16 Aug 2018

《延禧攻略》富察皇后跳舞发型大歪楼

《延禧攻略》红到不追好像很不应该!剧中富察皇后不对称的发髻,就连演皇后的秦岚都自己在微博上写「小猪佩奇(佩佩猪)同款」,笑喷众人。

Hiburan Sun, 1 Dec 2019

首次来马开唱!莫文蔚「绝色」演出

曾多次举办巡回演唱会,莫文蔚对于首次正式将演唱会移师大马感到非常兴奋,直呼这个第一次来得有点太晚!

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sajat, Aliff Syukri Bakal Duet Dengan Penyanyi Indonesia?

Dua jutawan kosmetik popular itu dijangka terbang ke Indonesia bagi membincangkan proses menghasilkan single akan datang ini.

error: Content is protected !!