Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 3, 2023 @ 5:00pm

[VIDEO] Gaun Seksi Nampak Lurah Cetus Kontroversi, Ini Respons Jasmine Suraya

Tular baru-baru ini penampilan pelakon Jasmine Suraya yang menggayakan sebuah gaun elegan yang dikatakan terlalu seksi di Anugerah Malaysia International Film Festival (MIFF), baru-baru ini.

Jasmine, atau nama sebenarnya Jasmine Chin Xian Mei, 33, memperagakan gaun malam rekaan pereka fesyen terkenal, Ivan Young.

Rata-rata netizen mengkritik penampilan Jasmine kerana menyangkakan Jasmine beragama Islam. Namun ramai juga yang mempertahankan Jasmine kerana merasakan gaun yang digayakan aktres itu sangat cantik.

Tidak mahu mengambil pusing dengan kecaman yang diterima sebaliknya sangat teruja apabila dapat menggayakan gaun rekaan daripada Ivan Young.

“Gaun ini direka khas untuk saya dan anda tidak akan dapat saksikannya disarungkan oleh orang lain.

“Materialnya adalah seratus-peratus kain sutera serta butiran hiasannya dijahit dengan tangan. Saya sukakan rekaannya yang juga menampilkan helaian cape yang meleret panjang, rasa macam Bollywood princess bila berjalan di atas karpet merah.

“Saya dah baca setiap komen positif mahupun negatif tentang baju itu. Saya sebenarnya gembira juga bila mendapat banyak pujian dan teruja apabila visi saya dan Ivan dapat dijayakan dengan terhasilnya gaun yang cukup indah ini,” kongsi Jasmine.

Lebih menarik, pereka antarabangsa kelahiran Guangzhou, China itu juga sebelum ini pernah merekakan gaun untuk beberapa selebriti antarabangsa, termasuk penyanyi Ariana Grande.

Jasmine Suraya

Dalam perkembangan lain, Jasmine yang lebih tertarik untuk berkongsi tentang karier lakonannya berkata, dia kini bekerja keras untuk menambah baik kemahiran lakonannya.

I would like to do more diverse and mature roles moving forward. Misi saya mahu bekerjasama dengan ramai penggiat filem tidak kira lokal dan antarabangsa. Saya mahukan naskah yang diluar kotak, yang mungkin sedikit provokasi dengan jalan cerita yang menarik”, kata Jasmine.

Jasmine turut berkongsi yang dia bakal menjayakan sebuah filem yang diterbitkan oleh produksi antarabangsa tidak lama lagi, namun dia tidak boleh mendedahkannya lebih lanjut.

Jasmine Suraya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2024

MCMC Siasat Aduan ‘Buka Aib’ Libatkan Kontroversi Aliff Aziz

Kita serahkan pada pihak berwajib lah ye!

Featured Thu, 17 Apr 2025

Jefri Nichol Tak Sabar Nak Kahwin? Sanggup Guna Chat GPT Tunjuk Wajah Anak

Jefri nichol Sanggup guna chatgpt ‘reveal’ wajah anak.

Hiburan Thu, 16 Jan 2025
Featured Tue, 13 Dec 2022

Nafi ‘Playboy’, Ismail Izzani Tegur Individu Wanita Sebar Gosip Liar – “Saya Minta Maaf, Tolong Berhenti Ugut”

Alahai kesian Ismail Izzani 🥲 Kalau dah sentuh isu keluarga ni, kita pun jadi geram! 🥵

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

[VIDEO] Tindakan Spontan Datuk Red Cium Kepala Adira Suhaimi Buat Ramai Terkejut

Masih dalam iddah lagi kan? Datuk Red terlebih semangat tu

Trending Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Kalau Ada Peluang, Saya Nak’ – Imuda Rindu Nak Masuk Set Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Bila Budin dah bersuara…semoga ada pihak yang sudi menerbitkan seterusnya mengembalikan kegemilangan sitkom popular ini!

error: Content is protected !!