Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 19, 2019 @ 12:50pm

Sehari Seperiuk Nasi Untuk ‘Aida Jebat’

Setiap hari seperiuk nasi dimasak khusus untuk ‘Aida Jebat’, seekor lembu betina peliharaan seorang suri rumah, Ain Zahirah Zokri, di Kampung Lala, di sini.

Ain Zahirah, 24, berkata lembu berusia kira-kira dua tahun yang dibeli daripada seorang penduduk kampungnya Februari lalu itu, gemar makan nasi sejuk setiap kali ia pulang dari meragut rumput.

“Tabiat pelik lembu ini disedari apabila semua nasi yang kami beri untuk ayam, habis dimakannya dan setiap kali saya bawa nasi keluar untuk diberi kepada ayam, ia akan meluru ke arah saya.

 “Mulanya kami agak pelik sebab lembu suka makan nasi, namun lama-lama menjadi kebiasaan kami, bagi dia makan nasi hinggalah hubungan kami dengan Aida Jebat makin rapat sebab dia makin manja,” katanya ketika ditemui sumber di rumahnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika tidak diberi nasi, Aida Jebat akan datang dekatnya sambil merenung wajahnya lama-lama dan tidak akan berlalu selagi tidak diberikan makanan kegemarannya itu.

Ain Zahirah berkata, selain Aida Jebat, seekor lagi lembu peliharaannya digelar Awang Hitam, kini dilihat turut gemar makan nasi.

“Nasi yang saya berikan untuk lembu-lembu ini masih dalam keadaan elok, saya campurkan dengan sedikit garam,” katanya.

Beliau berkata tabiat pelik lembunya itu menarik perhatian penduduk kampung yang sering datang untuk melihat haiwan itu makan nasi pada sebelah petang.

Sementara itu, nenek Ain Zahirah iaitu Rahmah Ismail, 74, berkata walaupun beliau berpengalaman memelihara lembu sejak lebih 50 tahun lalu, kehadiran Aida Jebat dianggap sebagai sesuatu yang istimewa dan unik.

“Lembu-lembu ini bukan sahaja makan nasi, kerana pada hari raya yang lalu, haiwan ini juga makan lemang dan ketupat, kalau ikutkan saya nak berikan apa sahaja lembu ini nak makan, tetapi risau juga boleh memudaratkan,” katanya.

Sumber : Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Jul 2025

Didakwa Sebar Fitnah, Scammer Bakal Saman Abby Abadi – “Bermimpi Ke Mereka Ni?”

LOD itu dihantar atas alasan fitnah dan jejaskan reputasi scammer

Featured Wed, 1 Oct 2025

“Senang Cakap Kalau Nak Tolong Orang, Tak Payah Nak Rekod.. Orang Miskin Pun Ada Maruah”- Aaron Aziz

Jelasnya, amalan bersedekah itu lebih bermakna jika dilakukan secara ikhlas tanpa perlu ditunjukkan kepada umum.

Featured Wed, 29 Aug 2018

Kini Ada Seorang Lagi Putera Kacak Yang Digilai Wanita, William & Harry Boleh Ke Tepi!

Nampaknya ada potensi untuk mencuri hati gadis-gadis dunia!

Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Trending Thu, 14 Jun 2018
Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] “Rendahkan Diri Dengan Suami, Kekal Humble Walau Tinggi Mana Pun…” – Amyra Rosli

Tak semua wanita ada mindset macam ni 🫡 Cayalah Amyra ✌🏻🥰

error: Content is protected !!