Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 3, 2023 @ 6:56pm

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia terpaksa berjumpa pakar psikiatri berhubung masalah kesihatan mental dan gangguan emosi yang dilaluinya.

Memetik laporan mStar, Mawar nekad untuk berjumpa doktor selepas mengesan emosi yang tidak stabil dan sering menangis kerana ketakutan.

“Saya berjumpa doktor sebab satu hari tu ada sesuatu trigger saya sampai saya terkejut.

“Sampaikan saya menangis. Saya tanya pada suami yang saya tak gilakan? Masa tu memang rasa takut sangat, rasa macam nak gila,” katanya.

Menurut Mawar, sebelum kejadian tersebut berlaku, dia berjumpa dengan seorang TikToker dan membuat video bersama namun rasa seperti hilang arah selepas itu.

“Yang masa saya kena teruk sangat tu, time tu saya jumpa TikToker dan nak buat video bersama sebab dia sangat kelakar.

“Jadi bila buat video, saya macam terkejut lepas tu saya dah rasa terhuyung hayang dan seperti rasa tiada lagi dalam dunia ni, rasa jauh sangat.

“Bila anak datang pun rasa macam tak ada expression, dalam hati rasa rindu sangat dengan anak ni tapi saya rasa macam tak ada perasaan,” jelasnya.

Pada masa sama, Mawar turut memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan keluarga.

Terdahulu, Mawar ada memuat naik hantaran di Instagram Story yang mengatakan dirinya dalam keadaan yang tidak baik.

“I’m not okay, but I will be okay,” tulisnya.

Namun, dia memberitahu belum bersedia untuk menjelaskan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gugup Berucap Di Khalayak Ramai, Mawar Rashid Diserang ‘Panic Attack’ – “Tak Pernah Tengok Dia Macam Ni…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

‘Nanti ‘Dia’ Mai, Terus Sapu Bersih’, Murali Abdullah Kongsi Pengalaman Diserang Strok Kali Kedua

Semoga cepat sembuh Abang Murali… Ayuh doakan agar beliau kembali sihat seperti sedia kala. Insha Allah.

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Saya Ada Segala Bukti ‘Permainan’ Awak, Berhentilah Cemburu!” – Nabila Huda Jijik Dengar Panggilan Ibu Tiri

Pelakon versatile Nabila Huda menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search.

Trending Thu, 25 Jul 2019

Bahaya Penyakit Sinus, Muka Bengkak 3X Ganda

membengkak tiga hingga empat kali ganda saiz dari biasanya

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

‘Hilang Dari Raya Ku’ Sarat Emosi & Nostalgia… Netizen Puji Lagu Raya Yuna Paling Menenangkan!

Lagu Hilang Dari Raya Ku Yuna mengisahkan sambutan Aidilfitri tanpa orang tersayang

error: Content is protected !!