Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina January 14, 2020 @ 9:56am

Kekasih Mengandung 7 Bulan, CHEN EXO Selamat Berkahwin Dengan Wanita Bukan Selebriti!

Mungkin ini merupakan khabar gembira dan mungkin ini menjadi berita sedih buat EXO-L apabila salah seorang anggota EXO iaitu Chen baru sahaja melangsungkan perkahwinannya!

Gempar di laman media sosial sejak semalam lagi apabila, Chen mengumumkan bakal menikahi kekasihnya yang bukanlah dari kalangan selebriti menerusi surat tulisannya yang dimuat naik di laman kelab peminat EXO.

“Hello, ini Chen. Saya ingin memberitahu sesuatu kepada Exo-L. Saya tidak tahu bagaimana ingin memberitahu kepada peminat kerana sangat gementar. Saya mempunyai teman wanita yang saya sangat sayangi dan saya ingin hidup bersamanya. Tetapi saya mahu menjadi orang pertama memberitahu kepada para peminat saya, yang sentiasa menyayangi dan menyokong saya. Jadi, saya menulis surat ini walaupun ianya tidak mencukupi untuk berkongsi dengan anda. 

Pada mulanya, saya bimbang tentang apa akan terjadi selepas saya buat pengumuman ini. Tetapi setelah berbincang dengan agensi serta ahli kumpulan mengenai bagaimana berita ini ingin disampaikan, saya berharap agar anda tidak terlalu terkejut. 

Kini, saya tidak dapat lagi melaksanakan apa yang dirancang bersama agensi dan ahli kumpulan saya, saya beranikan diri walaupun saya tidak bersedia lagi sepenuhnya kerana saya sudah tidak sabar lagi. 

Saya sangat menghargai ahli-ahli kumpulan saya yang bersungguh mengucapkan tahniah kepada saya, dan terima kasih atas kasih sayang serta sokongan kamu semua. Saya akan sentiasa berterima kasih untuk cinta anda, dan saya akan melakukan yang terbaik  bagi kasih sayang anda. Terima kasih.” ucap Chen dalam suratnya.

Perkahwinan Chen dan pasangan telah pun selamat diadakan di gereja secara tertutup pada 13 Januari yang hanya dihadiri oleh anggota keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurut kenalan rapat isterinya, isteri Chen dikatakan sedang mengandung 7 bulan dan bakal melahirkan anak pertama mereka tidak lama lagi.

Berita ini semestinya mengejutkan industri seni kerana Chen merupakan salah seorang anggota EXO yang mempunyai rekod bersih daripada sebarang kontroversi dan gosip percintaan dalam kumpulan tersebut.

Apa-apapun, tahniah buat Chen! Hopefully, peminat dapat memberikan restu, doa dan ucapan-ucapan tahniah untuk majlis perkahwinan Chen serta pasangannya okay!

Sumber foto: www.koreaboo.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Aug 2024
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

’Bukan Minta Puji Sentiasa…’- Izzue Islam Ambil Peluang Jadi Duta DFKL Untuk ‘Basuh’ Netizen

Guna peluang bergelar duta DFKL 2019, apa agaknya rancangan Izzue di program jelajah nanti?

Featured Thu, 1 Aug 2024

Sebar Fitnah Melampau Terhadap Puteri Sarah, Bekas Pekerja Nekad Fail Saman – “ I Will Fight For My Rights”

Wanita yang didakwa melakukan pecah amanah dan melarikan duit perniagaan rakan kongsinya yang juga merupakan pelakon wanita popular, Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira ingin meneruskan kes saman tersebut di Mahkamah. Nazatul ketika ditemui media […]

Filem Sun, 5 Apr 2026

Dikritik Kurang Aksi Lumba Motor, Ini Respons Pengarah Malaikat Malam

Pengarah Nazifdin Nasrudin tampil menjawab kritikan yang mendakwa Malaikat Malam kurang memaparkan elemen perlumbaan motosikal walaupun mengangkat watak ‘mat motor’.

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
error: Content is protected !!