Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 1, 2024 @ 5:10pm

Sebar Fitnah Melampau Terhadap Puteri Sarah, Bekas Pekerja Nekad Fail Saman – “ I Will Fight For My Rights”

Wanita yang didakwa melakukan pecah amanah dan melarikan duit perniagaan rakan kongsinya yang juga merupakan pelakon wanita popular, Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira ingin meneruskan kes saman tersebut di Mahkamah.

Nazatul ketika ditemui media usai perbicaraan kes mediasi disini hari ini berkata,  dia nekad mahu membersihkan namanya.

Malah, dia mengaku kata sepakat masih belum dicapai.

“Belum ada capai kata sepakat. Tapi pihak kami akan memfailkan saman fitnah.

“Masih belum ada perbincangan, namun kes mediasi akan dilakukan hingga Jun ini.

Dalam pada itu, wanita berkenaan tetap mahu meneruskan kes terhadap Puteri Sarah susulan mahu membersihkan namanya, menuntut hak dan menjaga kredibiliti.

“Saya nak bersihkan nama saya, nak menuntut hak saya dan fitnah yang dilemparkan ke atas saya menjejaskan kredibiliti saya.  Saya akan fight for my rights,” ulasnya.

Katanya, sebelum ini kenyataan di Melodi adalah bertujuan untuk menolak dakwaan aktres itu melemparkan fitnah terhadapnya.

“Even masa saya buat kenyataan di Melodi adalah untuk tolak dakwaan terhadap saya.

“Dan saya nak bagitahu daripada awal, apa yang dia cakap kepada saya adalah fitnah,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Nazatul Nazira didakwa telah melakukan pecah amanah dan melarikan duit perniagaan rakan kongsinya yang juga merupakan pelakon wanita popular.

Katanya menerusi temu bual dalam program Melodi TV3, dia menafikan sekeras-kerasnya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh aktres tersebut, termasuklah berkenaan jumlah wang yang diuar-uarkan di platform media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

Abby Abadi Tegur Norman Hakim, Minta Jangan Beria Tunjuk Jadi Bapa Mithali

Abby menegur Norman agar tidak perlu menunjukkan seolah-olah menjadi bapa mithali

Featured Tue, 15 Aug 2023

Badan Masih Kuat, Cef Wan Tak Mahu Serina Teman Jalani Kemoterapi… Syukur Sel Kanser Belum Serang Organ

Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa – Serina

Featured Tue, 23 Nov 2021

Pemuda Kecewa Barang Yang Diterima Tidak Sama Seperti Dipesan Selepas Sebulan Menunggu

Pembelian barang secara atas talian semakin popular kerana ia lebih murah dan dapat menjimatkan masa di mana orang ramai boleh membeli pada bila-bila masa. Namun, banyak juga kes penipuan yang berlaku seperti barang tidak sampai […]

Hiburan Sat, 31 May 2025

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Ikmal Amry dah amalkan sikap terbuka dan jujur dengan isteri sejak awal bercinta

Trending Tue, 12 Aug 2025
error: Content is protected !!