Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 23, 2021 @ 1:44pm

Pemuda Kecewa Barang Yang Diterima Tidak Sama Seperti Dipesan Selepas Sebulan Menunggu

Pembelian barang secara atas talian semakin popular kerana ia lebih murah dan dapat menjimatkan masa di mana orang ramai boleh membeli pada bila-bila masa.

Namun, banyak juga kes penipuan yang berlaku seperti barang tidak sampai atau barang yang dibeli tidak sama seperti dalam gambar.

Perkara yang sama berlaku kepada pengguna TikTok bernama @dumbndumber26, apabila barangan yang dibeli secara dalam talian bukan sahaja lewat tetapi tidak seperti yang dipesan.

@dumbndumber26

Penantian yang mengecewakan :’) #fyp #foryourpage #shoppe

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Klip video tersebut menunjukkan hampir sebulan dia terpaksa menunggu penyambung pelitup mukanya kerana barang itu ditempah dari China.

Bagaimanapun, siapa sangka setelah menunggu hampir sebulan, barang tersebut tidak sama seperti dalam gambar.

Penyambung pelitup muka itu sepatutnya bersaiz kecil tetapi apa yang diterimanya adalah sangat besar.

“Penantian yang mengecewakan,” tulis kapsyen dalam video itu.

“Rantai mengandungi baking soda yang berlebihan” – Netizen

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan kejadian itu selain bergurau kononnya barang tersebut mengembang ketika dalam perjalanan kepada penerima.

“Entah nak nangis ke nak ketawa ni”

Malah, ramai juga netizen yang berasa sedih dengan perkara yang menimpa @dumbndumber26 tetapi masih berasa perkara itu kelakar.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 1.3 juta tontonan dan 166,700 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Featured Tue, 16 Dec 2025
Contest Sun, 1 Sep 2019

Korang Nak Tahu Siapa Pemenang #ICSYVMY #SuaraSiapaTu?

Jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri nama pemenang bagi episod 11 ICSYVMY

Trending Mon, 19 Feb 2024
Featured Sat, 9 May 2026

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

Featured Tue, 17 Jan 2023
error: Content is protected !!