Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 3, 2023 @ 7:26pm

Ada Perancangan Sambung PhD, Ryan Deedat Tak Setuju Pendapat Pelajaran Tak Penting Untuk Artis

Sedar dengan kepentingan pelajaran, penyanyi Ryan Deedat mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah.

Berada di tahun akhir pengajian sarjana yang bakal tamat tidak lama lagi, pelantun lagu Monalisa itu tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan pelajaran tidak penting untuk mereka yang menceburkan diri dalam bidang hiburan.

Ryan Deedat Ada Perancangan Sambung Doktor Falsafah (PhD)

“Syukur, Alhamdulillah. Saya kini berada di semester akhir dan bakal menggenggam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA. Jika ada rezeki, insya-Allah saya mempunyai perancangan nak sambung PhD pula.

“Bagi saya, sebagai seorang selebriti, pelajaran sangat penting. Saya kurang setuju dengan pendapat yang mengatakan tiada pelajaran pun boleh jadi artis atau tak belajar pun boleh berjaya sebagai selebriti. Dunia hiburan jangka hayatnya tidak lama, jika ada rezeki mungkin boleh bertahan tetapi ada juga sebaliknya. Jadi, pelajaran sangat penting.

Pelajaran Memantapkan Industri Seni

Tambah Ryan, gabungan antara pelajaran dan pengalaman dalam bidang seni boleh memantapkan lagi industri hiburan.

“Pelajaran bukan sahaja boleh menjadi sandaran untuk seseorang selebriti, tetapi ia juga bagus untuk industri seni sendiri. Pelbagai pengalaman kita belajar dalam bidang seni, lebih baik jika ia diaplikasikan menerusi ilmu akademik yang dipelajari.

“Bukankah lebih manis jika golongan selebriti yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan memantapkan lagi industri seni yang mereka ceburi menerusi ilmu yang dipelajari? Saya beraharap golongan selebriti, terutamanya kepada mereka yang masih muda untuk tidak melupakan pelajaran,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih Kumpul Simpanan Sebelum Kahwin, Ryan Deedat Enggan Dibelenggu Hutang – “Ada Kawan Pinjam Along, Sampai Kena Simbah Cat Merah!”

Ryan ditemui di Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Aplikasi Lulus antara Erbe, CTOS dan CelcomDigi di Shah Alam, baru-baru ini.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Aplikasi Lulus antara Erbe, CTOS dan CelcomDigi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir di Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Aplikasi Lulus antara Erbe, CTOS dan CelcomDigi.

Acara terbabit menyaksikan kerjasama Erbe World, CTOS bersama CelcomDigi dan ia dijangka bakal mengubah landskap industri kewangan Malaysia, terutama dengan pengenalan aplikasi terpantas pertama di Asia, Lulus.

Revolusi akses perkhidmatan kewangan Lulus ini bertujuan menyediakan pelanggan akses data yang luas, sistem penilaian kredit mantap dan memastikan laporan kelayakan pinjaman tepat dan dipercayai.

Kredit Foto: Instagram Ryan Deedat / Lulus

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Jalankan Inisiatif Baharu, Dewan Filharmonik Petronas Lancar Konsert ‘Generasi DFP’

Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lepas telah menarik minat dari seluruh negara.

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Pelakon Elvina Mohamad Sah Bergelar Isteri Datuk Haniff Borhan

Akhirnya, perkenalan selama dua tahun akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Alhamdulillah…

Featured Thu, 25 Aug 2022
Contest Tue, 25 Sep 2018
Featured Fri, 30 May 2025

Filem ‘Gayong’ Tembus Pasaran Antarabangsa, Bakal Ditayangkan Di 33 Negara Amerika Latin

Filem ini berjaya menarik perhatian pengedar dari rantau tersebut.

Featured Mon, 15 Jun 2026

“Dia Ikhlas, Easy Going & Pendengar Yang Setia” – Noor Nabila Dedah Sisi Peribadi Kekasih Hati

Noor Nabila tampil berkongsi beberapa ciri-ciri yang ada pada kekasih hatinya, Ameer Aiman.

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

error: Content is protected !!