Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 30, 2025 @ 6:31pm

Filem ‘Gayong’ Tembus Pasaran Antarabangsa, Bakal Ditayangkan Di 33 Negara Amerika Latin

Masih hangat di pawagam tempatan, filem aksi seni mempertahankan diri ‘Gayong’ terbitan SOL Pictures kini mencipta satu lagi kejayaan apabila bakal ditayangkan di 33 buah negara di Amerika Latin menerusi platform penstriman (OTT).

Menurut penerbitnya, Eric Ong, minat daripada pasaran antarabangsa bermula apabila wakil pemasaran syarikat itu menghadiri Festival Filem Cannes sekaligus berjaya menarik perhatian pengedar dari rantau tersebut.

“Wakil kami dari Movie Move berjaya mendapatkan pembeli dari Amerika Latin yang sangat berminat dengan filem yang menampilkan elemen seni mempertahankan diri Asia, termasuk silat,” katanya.

Filem ‘Gayong’ yang diinspirasikan daripada kisah sebenar pengasas seni bela diri Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan menampilkan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip serta pelakon aksi Indonesia terkenal, Yayan Ruhian.

Menurut Eric, walaupun kontrak perjanjian masih dalam proses pemuktamadan, pihaknya dimaklumkan tayangan di peringkat antarabangsa hanya akan melibatkan platform penstriman dan bukan tayangan di pawagam.

“Setakat ini, tarikh tayangan masih belum dimuktamadkan. Namun, saya tetap berbangga kerana ‘Gayong’ berjaya menembusi pasaran luar dan membuktikan bahawa filem tempatan serta seni silat warisan kita mempunyai nilai komersial dan artistik yang tinggi di mata dunia,” jelasnya.

Filem ‘Gayong’ kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sejak 8 Mei lalu, manakala tayangan di Singapura dijadualkan bermula pada 22 Mei 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Mar 2021
Featured Thu, 12 Sep 2024

Patimah Ismail Doakan Puteri Sarah Temui Kebahagiaan – “Mama Mahu Sarah Gembira”

MasyaAllah ibu mentua dari syurga. Tak pernah tak support dan mendoakan yang baik-baik buat Sarah❤️❤️❤️

Trending Sat, 31 Mar 2018

Kegiatan Hasil Ubat Haram Dan Tiruan Dekat Kandang Babi

Sebuah kilang haram terletak di Pulau Pinang menyembunyikan ubat-ubatan haram, tiruan dan berbahaya bersebelahan lokasi kandang babi.

Trending Sun, 29 Nov 2020
Trending Sun, 7 Sep 2025

Experience Content! REV Media Group Hidupkan Semangat Baharu di Exploding Content 2025

REV Media Group mengumumkan kembalinya acara tahunan Exploding Content 2025 yang akan berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober di Basecamp Bangsar.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Memey & Abby Abadi Sakit Sama-Sama Seperti Berjanji!

Dah macam kembar pula Memey dan Abby Abadi sebab sakit pun boleh masa yang sama

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Cik B Respons Persembahan Beremosi Dikritik ‘Cringe’ – “Benda Itu Tak Dibuat-Buat”

Cik B menjelaskan tindakannya di atas pentas bukan sesuatu yang dilakonkan, sebaliknya berlaku secara spontan.

error: Content is protected !!