Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 4, 2023 @ 7:16am

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Jalani Rawatan Kemoterapi Secepat Mungkin

Chef selebriti tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan berkongsi khabar duka apabila memaklumkan dia kini menghidap kanser limfoma.

Perkara itu dikongsi Chef Wan menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

“Saya baru sahaja menjalani ujian Elektrokardigram (ECG).

“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.

“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan, kanser limfoma yang dihidapi masih berada pada peringkat awal memandangkan dia tidak mengalami sebarang simptom.

Bahkan, peluang untuk sembuh juga besar iaitu sekitar 70 hingga 80 peratus.

Bagaimanapun, dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kali bersamaan 13 minggu rawatan.

“At this stage, peluang untuk sembuh adalah sekitar 70 hingga 80 peratus.

“Saya juga akan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran bersamaan 13 minggu secepat yang mungkin,” jelasnya.

Sentiasa positif, Chef Wan kelihatan sempat berseloroh bahawa dia sudah dapat membayangkan akan memakai dan menggayakan rambut palsu persis penyanyi Datuk M. Daud Kilau dan juga Elvis Presley.

“Doktor memaklumkan bila rawatan kemoterapi berlangsung rambut saya akan mula gugur. ( Saya dah boleh bayangkan diri saya menggayakan rambut palsu persis Elvis, M.Daud Kilau, Samy Velu dan Liberace,” ujarnya.

Sementara itu, Chef Wan berharap agar orang ramai tidak risau dengan keadaan kesihatannya sekaligus  mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Tahniah diucapkan kepada Dr Soo Wincci di atas kejayaan yang baru sahaja diraih…

Featured Fri, 11 Nov 2022

Selepas Berjaya Tamat Diploma Dengan Cemerlang, Irfan Haris ‘Nervous’ Nak Melamar Siapa Tu?

Fuhh, jangan Nervous, santai santai je. Meh kongsi Tips untuk Irfan Haris 🤩

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Kejutan Yuna! Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Peragaan

Apakah Yuna bakal sehebat Kendal Jenner?

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Kim Jong Kook Shocks Own Mother By Revealing Dating History

The Running Man member has always kept his lips sealed tight but now he suddenly revealed everything.

Trending Mon, 14 May 2018

Gempar! Indonesia Kembali Berdarah

Pengeboman di tiga gereja itu adalah yang terburuk di Indonesia selama bertahun, ketika negara majoriti Islam di dunia itu bergelut menangani militan tempatan dan meningkatkan sikap tiada toleransi terhadap minoriti agama.

Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.

Featured Sat, 27 Apr 2024
error: Content is protected !!