Hiburan By: Khairil Khusyairi August 4, 2023 @ 2:10pm

Mak Wan Latah Sedih Dah Setahun Tak Dapat ‘Job’ – “Stesen TV Asyik Tanya Berapa Followers”

Pelakon veteran, Mak Wan Latah mendedahkan hampir setahun dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dek kerana kontroversi lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud berkata, pelbagai alasan yang diberikan pihak produksi apabila disoal peluang tawaran berlakon.

“Buat masa ini, saya tidak buat apa-apa, sudah lama tidak menjalani penggambaran drama. Saya tidak tahu apa alasan, cuma mungkin ada kaitan dengan kontroversi lalu.

“Apa yang berlalu biarlah berlalu. saya tidak mahu ingat lagi. Saya kena bina semula hidup walaupun akaun bank pun tinggal kosong.

“Apa yang ada dalam fikiran saya tawaran berlakon kerana saya perlukan duit untuk bayar rumah, kereta dan membeli ubat-ubatan.

“Saya pernah bertanya peluang tawaran berlakon, namun jawapan yang diberikan pihak produksi adalah pilihan pelakon ditentukan stesen televisyen (TV) dan jumlah pengikut media sosial,” katanya.

Dalam masa sama, Mak Wan turut mempersoalkan mengapa wujudnya pilih kasih apabila wajah pelakon veteran sama yang menghiasi kaca TV.

“Saya sudah 24 tahun berlakon, tetapi bila ditanya, alasan stesen TV minta nak tengok media sosial.

“Mereka hanya ambil nama besar sahaja. Saya bukannya dengki, tetapi apa salahnya berkongsi rezeki.

“Ini tidak, balik-balik wajah sama. Apa jadi dengan kami yang tiada peluang pekerjaan ini. Dapat berlakon satu episod pun saya sudah bersyukur,” luahnya.

Lantaran itu, Mak Wan terpaksa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menyara kehidupannya.

“Sebelum ini, saya berniaga di Uptown. Malam ini, saya akan ke Pulau Pinang untuk berniaga pelbagai jenis makanan termasuk sambal hitam, biskut dan bawang goreng.

“Sudah mula berniaga sejak lima tahun lalu. Kalau saya tak berniaga, siapa nak bagi saya makan. Takkan nak minta dengan anak-anak.

“Mereka juga ada komitmen sendiri,” kongsinya.

Terdahulu, Mak Wan terpalit dengan kontroversi antaranya termasuk kes meludah dan pecah amanah bekas pembantu peribadinya.

Lebih panas, turut berdepan pelbagai tohmahan apabila bekas suaminya mendedahkan dia mempunyai akhlak yang tidak baik.

Kemudian, timbul pula pendedahan lain dibuat seorang wanita dalam Twitter yang mendakwa Mak Wan melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.

Tidak lama selepas itu, tular sebuah video yang merakam gelagat Mak Wan berkaraoke dalam tempoh edah.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

SIAPA NAK RM1K DARI FAZURA?

“Masih hilang, tolong cari kucing saya. Kami sayang Jem dan sangat merinduinya, ” luah Fazura melalui aplikasi Insta Storynya.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Thu, 13 Sep 2018

Lagi Kes Bayi Ditemui, Kali Ini Di Atas Jejantas Kampung Pandan!

Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik.

Hiburan Fri, 18 May 2018

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Apapun, diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap punca ataupun masalah yang membawa kepada keretakan rumahtangga mereka.

Featured Sun, 20 Mar 2022
Featured Sat, 17 Dec 2022

Muncul Dengan Single Baby Papa, Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu berjudul Baby Papa. Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada Julai 2022. Rezeki menyebelahi […]

Featured Fri, 15 Sep 2023